Skip to content

Rehat bila penat

Hari ini mengantuk sangat. Mungkin gara-gara menonton drama Arrow hingga lewat malam hari sebelumnya.

Pulang dari hospital saya mahu tidur tapi takut terlajak waktu Maghrib. Jadi saya menunggu hingga Maghrib. Pukul 7, saya sudah selesai solat Maghrib terus saya terlelap kerana keletihan dan mengantuk yang tidak dapat ditahan-tahan.

Ada masanya bila kita penat rehat itu yang lebih baik. Kerana kita bukannya robot atau mesin. Sedangkan mesin seperti mesin CT scan pun ada masa bertenang. Inikan pula manusia.

Sebab itu dalam kerja juga ada cuti rehat. Kerana kita perlu berehat. Sesekali mengambil masa untuk diri sendiri atau bersama keluarga, lupakan kisah di tempat kerja. Lupakan mesyuarat atau fail yang bertimbun-timbun di meja.

Di hujung hayat kita bukan kerja yang kita fikirkan. Kita teringat perkara lain yang hendak kita lakukan tetapi kita tidak buat kerana tuntutan kerja. Kita lebih terarah pada masa yang kita habiskan bersama orang tersayang bukannya pada rakan sekerja atau boss di tempat kerja, melainkan boss kita ialah pasangan hidup kita.

Saya pun bukannya menulis 24 jam. Ada masa penat, saya rehat. Tetapi rehat sebentar, bukannya berhenti terus.

Jangan takut untuk berehat. Tak salah berehat sekali sekala.

Ada pesakit yang saya jumpa di hospital enggan mengambil cuti rehat atau masuk ke wad walaupun sakit kerana katanya banyak kerja yang harus dilakukan. Kalau masuk wad atau cuti rehat, segala kerja akan tergendala. Sedangkan diri sendiri tidak sihat.

Tapi jangan pula terlalu banyak rehat. Ada juga yang tidak sakit pun mengada-ngada mahu cuti rehat kerana malas mahu pergi kerja. Gaji mahu, kerja tidak mahu buat.

Apa motif entri malam ini?

Status ini ditulis kerana saya baru tersedar semula selepas tidur yang nyenyak. Kemudian terkebil-kebil mata untuk tidur kembali kerana esok hari kerja. Kalau esok cuti, boleh saja saya berterusan menulis dan membaca sepanjang malam.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *