Skip to content

Penulis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Terima kasih kerana sudi melawat laman web ini. Nama saya Dr Noor Hayati Yasmin Binti Nga Timin. Saya merupakan seorang doktor di sektor kerajaan. Sekarang saya bekerja sebagai seorang doktor pakar di salah sebuah hospital di Sabah.

Dalam masa yang sama, saya meminati dunia penulisan dan menyimpan impian untuk bergelar penulis buku. Saya mahu memegang buku fizikal hasil tulisan saya sendiri. Saya tahu saya bukan lulusan dalam bidang sastera tetapi itu bukan penghalang untuk saya menjadi penulis buku.

2 Comments

  1. Sharifah Fairuz Sharifah Fairuz

    Salam Dr Noor Hayati,

    Saya sedang membaca buku tulisan Dr bertajuk ‘Mudahnya Menulis Buku’.

    Buku ini amat berguna dan boleh dibuat rujukan untuk penulis baru dan juga sebagai semangat untuk penulis yang sudah
    menghasilkan buku.

    Saya sebagai penulis baru merasakan buku ini amat berguna sebagai panduan untuk menulis untuk penulisan yang seterusnya.

    Syabas kerana dapat berkongsi pengalaman bersama pembaca dan penulis semua.

    • admin admin

      Waalaikumussalam. Terima kasih kerana membaca buku saya. Semoga membantu dalam penulisan Puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *