Skip to content

Yang mana satu

jurnaljurnal 2

Baru baca satu muka surat AHA Guideline for AF 2014, mata sudah layu. Tertutup seperti dijahit. Memang bahan-bahan akademik ada unsur yang membuatkan orang mengantuk. Tak perlu makan pil tidur.

Capai novel, mata terbeliak semula.

Saya pun tak tahu mengapa saya beli novel ini. Mungkin kerana tajuknya. Saya mahu tahu bagaimana kisah cinta pelajar dan guru.

Sama juga dengan memilih bidang pengkhususan. Ada yang memilih pembedahan, ada yang suka bahagian ortopedik. Mata, telinga, sakit puan, perubatan nuklear.

Ada yang pilih untuk bekerja di hospital kerajaan, ada yang bertukar ke hospital swasta. Tidak sedikit bilangan yang membuka klinik sendiri atau bekerja freelance di klinik swasta (lokum).

Saya sendiri memilih kecemasan selepas menyingkirkan pilihan lain. Saya tidak berminat bekerja di bilik pembedahan. Maka anaesthesiology, surgery dan orthopaedic sudah terkeluar dari senarai.

Saya tidak sampai hati untuk bekerja dengan kanak-kanak maka saya tidak pilih paediatric. Tinggal medical, ENT, ophthalmology, pathology, radiology dan yang lain-lain lagi. Banyak lagi pilihan sebenarnya.

Selepas menamatkan housemanship, saya ditempatkan di jabatan kecemasan. Setelah beberapa bulan bekerja di jabatan kecemasan, saya mula menyukainya. Saya suka kerana tidak ada ward round seperti di wad medical dan melihat pesakit yang sama setiap hari selama seminggu. Saya suka dengan semangat ‘team work’ seperti team F1.

Begitulah bermulanya kehidupan saya sebagai seorang doktor kecemasan. Hingga sekarang sudah satu dekad mengabadikan diri di bahagian kecemasan.

Kepada mahasiswa fakulti perubatan, anda akan tahu mana satu pilihan anda selepas melalui segala posting.

Pilihlah bahagian yang anda paling selesa dan serasi dengan diri kerana anda akan menghabiskan masa bertahun-tahun untuk bekerja di jabatan itu.

Jika mahu membuka klinik sendiri, silakan.

Yang penting, bahagia dengan pilihan yang telah dibuat.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *