Skip to content

Mana kad?

“Mana kad ni?” Saya bersuara cemas sambil menyeluk saku seluar.

Baru masuk ke dalam KLIA Transit tetapi entah mengapa saya tergerak hati untuk memeriksa kad saya.

Dompet saya buka dan belek-belek kad di dalamnya. Tiada juga.

Penat mencari kad KLIA Transit. Rasanya saya letakkan dalam poket seluar tadi. Kalau hilang, entah berapa kena bayaran denda.

“Agaknya jatuh di luar tak?” Kata Sa’adah.

Saya menjenguk ke luar. Tak nampak apa-apa pun.

Macam mana ni? Bila-bila masa keretapi akan bergerak.

“Tu! Ada bawah tu!” Jerit Sa’adah.

“Mana? Tak nampak pun?”

“Ada la, bawah kerusi tu.”

Saya menajamkan pandangan. Ternampak sekeping kad atas lantai di bawah kerusi tempat saya menunggu keretapi tadi.

Sepantas kilat saya berlari mengambil kad. Mujur kerusi itu dekat dengan pintu keretapi.

Tercungap-cungap saya masuk ke dalam keretapi. Sebaik saja saya duduk, keretapi mula bergerak.

Wah, cemasnya!

Baru tercicir kad KLIA Transit saya sudah cemas dan menggelabah begini.

Kad itu yang membolehkan saya keluar dari hadangan mesin kad. Jika tiada kad saya tidak boleh keluar selagi tidak membayar denda.

Bagaimana jika terlepas satu solat subuh? Pernah tak rasa cemas dan menggelabah. Sedangkan solat merupakan tiang agama. Tidak solat, pincanglah agama kita kerana tiang sudah goyah.

Tuhan mahu kita berfikir dari setiap apa yang berlaku.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *