Skip to content

Effective oral presentation

bengkel 2

I
Hari pertama kursus Effective Oral Presentation.

Belajar daripada Puan Mathilda Abbie di Institut Tadbiran Awam Negara.

Pertama kali menjejakkan kaki ke INTAN Sabah.

Terpegun dengan ketenangan di tempat ini. Bagus betul kalau boleh cuti dan menulis sepuasnya di sini.

Berjumpa dengan rakan-rakan baru. Mereka yang datang dari Semenanjung diberikan asrama penginapan untuk bermalam.

Saya hanya membayar RM30 untuk kursus ini.

Selepas ini mahu cari kursus lain yang boleh diikuti. Mungkin boleh pergi ke INTAN negeri lain pula.

II
Menurut cikgu, persembahan oral yang berkesan didahului oleh pengenalan diikuti badan dan disudahi dengan kesimpulan.

“The beginning, as the proverb says, is half the whole.”

Plato’s “Politics”

If your introduction is strong, the rest will follow.

Boleh aplikasikan pada buku.

Jika beberapa helaian awal atau bab pertama buku kita boleh memikat hati pembaca, pembaca akan meneruskan hingga ke noktah yang akhir.

Tetapi jika pengenalan awal buku membuatkan pembaca bosan atau menghilangkan minat untuk membaca, buku kita akan tersadai di rak atau mengumpul habuk di kedai buku.

Bukan mudah menulis pengenalan yang kuat namun tidak mustahil.

Practice make perfect.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *