Skip to content

lmu hitam vs ilmu putih

“Doktor Yati, pesakit tu cakap dia pengsan sebab ayah dia yang buat dengan ilmu hitam.” Ayat MO saya apabila saya tanyakan tentang pesakit di katil nombor satu. Mujur rahang saya tidak jatuh.

“What?” Saya fikir saya tersilap dengar.

MO saya sudah tersengih-sengih. “Dia datang sebab pengsan katanya. Kemudian dia cakap ayah dia menyebabkan dia pengsan. Ayah dia ada ilmu hitam.”

“Cakap dengan dia, nanti kita bagi ilmu putih pada dia untuk lawan dengan ilmu hitam ayah dia.”

Giliran MO saya tercengang. “Ilmu putih?”

Ku putih, ku putih, barulah putih.

Hendak saja kulontarkan ayat ku putih itu. Tetapi rasanya dia tidak menonton AJL.

Tidak jadi saya hendak meneruskan apa yang terlintas di fikiran memandangkan MO saya semakin keliru dengan ayat ilmu putih.

“Just take history as usual and do clinical examination.” MO mengangguk-angguk mendengar apa yang saya katakan.

Ilmu hitam atau ilmu putih?

Kenapa dua tiga hari ini saya asyik menekankan tentang ilmu?

Sebab bagi saya ilmu boleh disampaikan melalui buku. Setiap individu mempunyai kemahiran dan kepakaran masing-masing. Jika lebih ramai orang menulis buku berdasarkan kepakaran masing-masing, semakin banyak ilmu berkualiti yang boleh disampaikan kepada khalayak pembaca.

Alasan tidak menulis buku kerana tidak pandai menulis?

Belajar menulis buku.

Sayang ilmu yang ada tetapi terpendam dalam diri sendiri.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *