Skip to content

Bergerak dalam kumpulan seperti penguin

aus5 aus5 2

Catatan 5 April 2015

Memulakan hari dengan bubur nasi.

Membeli hot cross bun dan hot chocolate di Hudson cafe dalam perjalanan ke Holiday Inn. Seperti satu kewajipan minum hot chocolate di sini memandangkan saya tidak suka kopi.

Penat berjalan mencari hotel Holiday Inn yang menjadi tempat pertemuan.

Bertolak ke Philip Island dengan Arthur.

Lalu di atas jalan yang menjadi litar perlumbaan Grand Prix Melbourne.

Melihat Albert Park. Luas kawasannya. Tasik yang besar.

Mengunjungi Maru Koala & Animal Park.

Seronok bertemu koala, emu, kangaroo, kuda, keldai dan wallaby (kumpulan ayam menurut kata Hafizah ZA).

Makan tengahari sandwich salad dan telur. Biskut cecah air milo. Sedapnya makan biskut di Australia. Adakah disebabkan terlalu lapar? Arthur bagi coklat berbentuk telur.

Panny Chocolate Factory. Tidak dapat mengikuti chocolate tour kerana barisan pengunjung yang panjang.

Woolamai beach. Syurga untuk surfer. Setinggi 4-5 meter ombak di situ.

Nobbies. Melihat kesan lava gunung berapi.

Wallaby bersiar-siar di Nobbies.

Penguin Parade di Philip Island Australia.

Ramainya orang mahu melihat penguin. Selepas matahari terbenam, penguin muncul dari laut secara berkumpulan.

Terkedek-kedek penguin pulang ke rumah. Kecil sahaja bila dilihat dari dekat.

Dalam perjalanan pulang, bas ‘overheating’. Berhenti di stesen minyak. Shopping jajan di kedai stesen minyak.

Alhamdulillah dapat selamat sampai ke stesen Flinders Street untuk mengambil tram pulang ke Coburg.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *