Skip to content

Wonderpet

Teringat kartun Wonderpet.

“Apa yang penting, kerjasama!”

Tergiang-giang lagu itu di telinga.

“Wonderpet! Wonderpet! Kami datang! Membantu mereka yang kesusahan.”

Kenapa saya suka kartun wonderpet dahulu?

Ringkas.

Mesejnya senang difahami.

Kartunnya mudah.

Hidup ini akan lebih mudah jika kita saling bekerjasama.

Bekerjasama daripada segala segi.

Saya selalu mengimpikan suasana bekerja yang harmoni. Bekerjasama antara jabatan tanpa prejudis, prasangka dan sikap memandang rendah kepada orang lain.

Apabila menerima rujukan kes, tiada yang marah-marah. Malah berbesar hati kerana kepakarannya diperlukan oleh jabatan lain.

Pesakit bekerjasama dengan doktor dan staf hospital dalam memastikan kesihatan mereka terjaga. Bekerjasama dengan cara bagaimana?

Makan ubat yang diberikan, bukannya simpan buat pekasam ubat mahal-mahal yang diperolehi dengan bayaran RM1 sahaja.

Datang temujanji pada tarikh yang telah ditetapkan. Tidak bagi alasan terlupa mahu datang atau rasa sudah OK, sebab itu tidak datang appointment.

Namun selagi kita bergelar manusia, impian saya hanya tinggal impian.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *