Skip to content

When reality hit

Akhirnya apa yang saya takutkan menjadi kenyataan.

Selama ini saya mahu menafikan bahawa ianya berlaku.

Orang putih kata, ‘denial state’.

Malam sebelum ke Manana Resort, ketakutan saya menjadi nyata.

Saya gagal menyarung wetsuit (pakaian untuk menyelam) yang saya beli enam tahun yang lalu.

Nampaknya saya terpaksa menerima hakikat ini. Sesungguhnya berat saya telah bertambah.

Facebook pula ada mengimbas kembali status-status lama. Dalam salah satu status, saya dapat melihat kurusnya badan saya dahulu kala.

Sekarang berisi.

Saya kena ambil tindakan.

Semasa seminar di Da Nang, sesi yang menarik perhatian saya adalah sesi senaman pada penghujung hari. Setelah tamat sesi dengan Peng Joon dan Joel, pentas diambil-alih oleh Jonathan Wong yang merupakan jurulatih kecergasan Peng Joon.

Peng Joon terbangkan Jonathan khas dari Malaysia untuk memberi kami tunjuk ajar bagaimana untuk bersenam dalam masa yang singkat. Tanpa perlu alat-alat khas. Hanya perlu tubuh badan sendiri.

Kesihatan penting. Itu hakikat yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun. Lebih-lebih lagi saya bekerja di hospital dan saban hari melihat orang datang ke jabatan kecemasan kerana pelbagai penyakit dan masalah kesihatan.

Jonathan memberi cabaran kepada kami.

Ambil gambar setiap minggu. Gambar dari depan dan pandangan sisi. Selama lapan minggu. Lihat ada apa-apa perubahan selepas mengamalkan senaman dan menjaga pemakanan selama lapan minggu.

Gambar itu kita hantar kepada seorang rakan yang kita lantik untuk menjadi pemantau. Our accountability partner.

Ada sesiapa yang mahu turut serta dalam cabaran ini?

P.S : Nampaknya azam pertama saya untuk tahun baru ialah mengurangkan berat badan. Ada sesiapa mempunyai azam yang sama dengan saya. ?

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *