Skip to content

Walau hanya satu hari

“Mak, kenapa tinggalkan saya? Baru satu hari saya balik dari Australia.”

Pemuda itu menjerit. Dia menyumpah. Kata-kata yang tidak enak kedengaran.

Dia belajar di Australia. Cuti. Dia pulang untuk menemui keluarganya. Baru satu hari dia menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.

Baru satu hari dia melepaskan rindu terhadap ibu dan keluarga tercinta.

Tiba-tiba ibunya tidak sedarkan diri. Tidak ada apa-apa tanda. Tanpa sempat berpesan walau sepatah pun.

Kesedihan pemuda itu dan keluarganya membuatkan kami mengambil keputusan untuk membenarkan mereka berganti-ganti melihat kami melakukan resusitasi ke atas pesakit.

Setelah 45 minit, garis lurus terpapar di skrin. Kami hentikan usaha penyelamatan.

Saya terfikir, sekurang-kurangnya pemuda itu berjaya menghabiskan masa satu hari bersama ibunya.

Satu hari yang amat bermakna.

Bagaimana jika dia tidak sempat pulang melihat ibunya?

Hargai walau hanya satu hari yang kita ada bersama keluarga dan sahabat-sahabat yang dikasihi.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *