Skip to content

Vapers

Menyesal pula membuka facebook pagi itu. Menyesal bukan kerana apa. Puncanya saya terbaca perdebatan antara rakan saya dan seorang hamba Allah yang menyokong vape ini.

Katanya bukan penyokong vape tetapi daripada cara tulisannya, kita boleh meneka.

Saya kagum juga dengan kesabaran rakan saya ini berbalas komen dengan hamba Allah ini. Kalau saya, awal-awal lagi sudah berhenti.

Tidak guna berbalah dengan orang yang mahu menegakkan benang basah. No point.

Saya tidak faham kenapa beria-ia hamba Allah ini mahu rakan saya mengeluarkan kajian sendiri tentang vape. Untuk dibandingkan dengan lab test dia.

Nampak sangat dia tidak memahami bagaimana kajian dilakukan. Dan takkanlah hendak tunggu kajian tempatan baru hendak betul percaya benda itu tidak bagus. Budak sekolah rendah pun tahu vape tidak bagus.

Saya memang tidak faham kerana langsung tidak nampak apa-apa kebaikan daripada vape. Mengapa kita mahu menyokong benda yang tidak ada kebaikan.

Perniagaan?

Bagi saya orang yang berniaga burger tepi jalan itu jauh lebih mulia daripada peniaga vape. Burger mengenyangkan perut orang. Vape kenyangkan apa? Kenyangkan ego?

Banyak lagi perniagaan lain yang boleh dilakukan kalau betul-betul mahu berniaga. Berniaga kain baju, tudung, makanan, buku, pengendalian acara.

Itu yang meniaga.

Pengguna pula.

Kenapa guna vape?

Nampak cool?

Saya tidak nampak di mana coolnya bervape. Nampak macam naga ada la. Macam serombong keretapi yang keluarkan asap.

Buruk. Hodoh nampak asap vape berkepul-kepul. Apatah lagi kalau perempuan bervape. Sangatlah menyakitkan hati yang memandang.

Menyusahkan orang lain dengan asap yang berkepul-kepul.

Sebab orang lain guna?

Kalau orang lain ambil dadah, kau pun ikut sekali la….

Nak ikut, ikutlah perkara yang baik. Bukannya yang sia-sia dan tak berfaedah langsung seperti vape.

Supaya tidak merokok?

Bagaimana dengan mereka yang tidak merokok tetapi bervape?

Kenapa kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang waras tidak dapat berfikir dengan betul apabila melibatkan vape.

Kenapa nak pertahankan vape, pengguna vape dan peniaga vape?

I really don’t get it.

Lagi satu, tak payah nak bandingkan rokok dan vape.

Kedua-duanya memang tak bagus, sia-sia dan tak mendatangkan faedah.

Full stop. Titik. Noktah. The end.

P.S : Abdul Rahman Abdul Kadir, macam mana kau boleh sabar melayan penyokong vape yang menegakkan benang basah tu ?.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *