Skip to content

Tulis sampai siap

 

Pernahkah anda menulis cerita pendek atau buku tetapi berhenti separuh jalan?

Bersemangat pada awalnya tetapi tiba-tiba tiada idea untuk meneruskan penulisan.

Pernah dengar situasi di atas?

Atau anda pernah mengalaminya sendiri?

Usah risau. Itu normal.

Saya pun pernah mengalaminya. Banyak cerita saya terbengkalai separuh jalan.

Untuk travelog Melbourne & Sydney dalam Sepuluh Hari, saya dapat semangat tambahan.

Bukan saya saja yang mahu buku ini siap. Rakan-rakan lain yang bersama dalam trip Australia tidak sabar-sabar mahu membaca buku travelog ini.

Mereka antara faktor yang mendorong saya menghabiskan penulisan buku.

Saya tidak mahu menghampakan harapan kawan-kawan.

Jadi setiap kali anda rasa patah hati mahu meneruskan penulisan karya, fikirkan. Pembaca mana yang ternanti-nanti karya anda. Bayangkan perasaan hampa mereka apabila anda gagal menyiapkannya.

Dengan itu anda lebih bermotivasi menulis sehingga siap buku yang diimpikan.

P.S : Melbourne & Sydney dalam Sepuluh Hari sudah siap .

Boleh klik http://bit.ly/msdsh1 untuk buat pesanan.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *