Skip to content

Tulis buku apa sekarang

Selepas Sydney & Melbourne dalam Sepuluh Hari, saya belum ada buku khusus yang sedang disiapkan. Ketika saya menghadiri ICCEM tempohari, rakan-rakan bertanya.

“Tulis buku apa sekarang?”

Saya senyum. Tiada jawapan.

Adakah saya sudah penat menulis?

Sudah tentu tidak. Menulis seperti laut yang ada pasang surutnya.

Ada masanya idea seperti hujan yang lebat mencurah-curah turun membasahi bumi. Ada masanya kemarau dan panas terik.

Mungkin sekarang masa kemarau untuk saya.

Sebenarnya saya tidak dapat fokus mahu tulis buku apa sekarang. Sekejap mahu tulis buku itu, sekejap mahu tulis buku ini. Akhirnya tidak tulis satu apa pun.

Saya tulis di muka buku saja.

Tulisan di facebook tahun ini temanya stetoskopdanpen. Saya akan kumpulkan hujung tahun dan diasing-asingkan untuk menjadi dua atau tiga buah buku.

Sebenarnya, banyak buku yang mahu ditulis hingga tak tahu mahu pilih yang mana.

Saya ada pasang hajat mahu tulis beberapa buku berkenaan pelajar perubatan dan doktor.

1. Buku untuk mereka yang mahu jadi doktor atau mahu anaknya menjadi doktor
2. Tips for medical student
3. Tips for houseman
4. Kisah saya sewaktu menjalani housemanship

Ada yang mahu membeli ke kalau saya tulis buku-buku di atas?

Kenapa saya mahu tulis buku-buku itu semua?

Hidup kita ini tidak panjang. Entah esok lusa, kita akan dipanggil mengadap-Nya.

Kalau saya berjaya tulis buku-buku itu dan mereka yang membeli dan membaca mendapat faedah daripada isi di dalamnya, dapatlah saya bekal untuk akhirat.

Sepertimana yang ditulis oleh Ernie J. Zelinski dalam The Joy of Not Working.

‘Jika buku anda dinikmati oleh seseorang selain daripada diri anda sendiri, itu adalah satu kejayaan. Jika terdapat lebih daripada seorang yang membaca buku anda, itu adalah bonus.’

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *