Skip to content

Tolong anak saya doktor

“Tolong anak saya doktor!” Dia memegang tangan saya dengan erat.

“Saya sayang dia. Saya tak mahu kehilangan dia.” Tiada air mata yang menitis di pipinya. Namun saya tahu kesedihannya tiada taranya.

Saya tidak dapat berjanji bahawa anaknya akan selamat. Kerana kuasa menyelamat bukan di tangan saya.

Anaknya datang dalam keadaan tidak bernafas dan denyutan jantung tidak dapat dikesan. CPR selama 10 minit. Return of spontaneous circulation.

Pernafasan dibantu dengan mesin. Tekanan darah dibantu oleh ubat-ubatan.

Umurnya masih muda. Baru 20-an. Terbaring lesu di atas katil.

Kami telah lakukan segalanya yang ada dalam daya usaha kami. Tidak ada apa lebih lagi yang boleh dilakukan setakat ini.

“Kami sedang tolong dia Puan. Banyakkan berdoa.”

“Saya tahu, tapi tolonglah anak saya. Saya mohon sangat-sangat pada doktor.” Matanya berkaca. Tetapi seperti tadi, tiada air mata menitis.

Saya angguk dan memohon diri untuk melihat anaknya semula.

Tolong anak saya, doktor!

Kata-kata itu terus tergiang-giang di telinga sehingga kini.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *