Skip to content

TLS Keningau hari terakhir

Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan.

Peperiksaan teori dan praktikal.

Teori menjawab soalan di kertas secara individu.

Praktikal dilakukan secara berkumpulan. Menyelamatkan pesakit daripada tempat kejadian hingga di jabatan kecemasan di hospital.

Pelbagai gelagat yang dapat dilihat ketika setiap kumpulan beraksi.

Selepas makan tengahari kami menonton video praktikal. Kami memberi komen apakah kesilapan yang dilakukan dan kekurangan yang boleh diperbaiki.

Kami berharap para peserta dapat sesuatu daripada kursus kali ini. Pulang ke tempat masing-masing dengan ilmu baru, lebih yakin untuk mengendalikan kes-kes trauma dan berkongsi dengan rakan sekerja akan ilmu yang telah dipelajari.

Selesai kursus saya dan Fariza meninjau ke Jabatan Kecemasan Keningau. Aktiviti yang dilakukan setiapkali kami berkursus di hospital lain.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Hospital Tambunan. Melihat Hospital Tambunan membawa saya kembali ke zaman silam. Bangunan setingkat dan reka bentuk hospital lama. Ada rumah-rumah kayu yang mungkin menjadi kuarters staf.

Nampak monumen halia di bulatan jalan. Hendak ambil gambar di situ tetapi sudah letih dan hujan renyai-renyai.

Kembali ke Kota Kinabalu dengan perasaan gembira kerana misi menjalankan TLS di Keningau telah berhasil.

Selamat tinggal Tenom, Keningau dan Tambunan. Mungkin saya akan datang lagi.

P.S : Terima kasih kepada Dr Dzulhelmy kerana menjadi tuan rumah yang bagus. Semoga ada jemputan untuk kami ke Keningau pada masa akan datang.

 

Published inkursusstetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *