Skip to content

TLS Keningau hari kedua

Di Keningau, kami menginap di Hotel Sento. Harganya murah.

Standard Room dengan dua katil bujang hanya berharga RM98 semalam (tidak termasuk GST). Tilamnya empuk, shower best dan ada tv yang menayangkan siaran AXN dan Fox Movies.

Berdepan dengan hotel adalah deretan kedai termasuk restoran dan kedai runcit. Mudah mendapatkan barangan dan mengisi perut.

Hari kedua TLS.

Pagi hingga tengahari diisi dengan ‘lecture’.

Petang adalah sesi praktikal untuk mereka yang belum berkesempatan membuat latihan untuk ‘intubation’, intraosseous insertion’, FAST dan berlatih di stesen ‘First Responder’.

Ada dua stesen baru hari ini iaitu ‘communication’ dan ‘life saving procedure’ iaitu ‘chest tube insertion’ dan ‘cricothyroidotomy’.

Mana-mana kursus pun sama. Ada peserta yang aktif dan ada yang pasif. Ada yang rajin bertanya bertanya soalan, ada yang tersenyum-senyum diam saja.

Ketika waktu rehat makan tengahari, saya dan Fariza pergi ke Pusat Kraftangan Keningau yang terletak bertentangan dengan Hospital Keningau. Malangnya pusat ini dibuka mengikut waktu pejabat. Maka tutup pada waktu 12.30 hingga pukul 2 petang.

Kami pergi sekali lagi selepas selesai sesi praktikal pada pukul 4.30 petang.

Barang-barang kraftangan dijual di kedai yang terdapat di situ. Harganya agak mahal. Saya tidak beli apa-apa.

Malam, kami makan stimbot di Restoran Bonda yang terletak berdekatan dengan bangunan hospital yang lama. OK la makanan stimbotnya.

Sesiapa yang berkunjung ke Keningau bolehlah menginap di Hotel Sento dan makan malam di Restoran Bonda. Berminat dengan kraftangan boleh ke Pusat Kraftangan Keningau.

Published inkursusstetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *