Skip to content

TLS di Keningau

Saya datang ke Keningau atas jemputan rakan sekerja Dr Dzul yang mengadakan kursus Trauma Life Support di Hospital Keningau.

Sebelum ini sudah beberapa kali dipelawa untuk menjadi fasilitator kursus di Keningau tetapi terpaksa menolak kerana berhalangan.

Akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke Hospital Keningau.

Jabatan Kecemasan Keningau lebih besar daripada tempat saya bertugas.

Seramai 36 peserta dari hospital dan klinik di sekitar menghadiri kursus ini. Peserta campur doktor dan paramedik. Ada juga seorang dari JPAM.

Ada nama klinik yang tidak pernah saya dengar sebelum ini seperti KK Pagalungan, KK Pansiangan, KK Tulid, KK Bingkor, KK Apin-Apin, KK Sook, KK Mansiat dan KK Sepulut.

Pagi hingga tengahari dipenuhi dengan tujuh topik. Topik saya Thoracic Trauma dan Shock.

Petang diisi dengan sesi praktikal. Saya ditugaskan di stesen Fluid, Ariff di First Responder, Fariza di Airway, Chief Sahar di Immobilization dan Lutfi di FAST.

Tidak sedar masa berlalu dengan pantas.

Esok sambung lagi hari kedua TLS.

Published inkursusstetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *