Skip to content

Tips belajar untuk medical student V

Sambung lagi.

17. Faham apa yang dipelajari
————————————————–

Jangan mengingat membuta-tuli. Faham apa yang anda belajar.

Contohnya anda belajar farmakologi. Di mana satu-satu ubat bertindak dan apakah mekanisme tindakannya.

Apabila mempelajari sesuatu, kena faham konsep. Kalau faham konsep, anda mungkin terlupa tetapi anda akan faham sampai bila-bila.

Jika terlupa, anda hanya perlu menyemak kembali fakta tersebut.

Tetapi jika anda menghafal tanpa faham, anda harus berusaha mempelajarinya semula setiap kali anda terlupa.

Lagi pun, anda akan ingat dengan lebih baik apabila anda faham.

Belajar perubatan tidak membuang masa kerana apa yang anda belajar semasa bergelar mahasiswa universiti , itulah ilmu yang akan digunakan semasa bekerja.

Fakulti perubatan adalah tempat di mana kita belajar ilmu dan mengaplikasikannya semasa bekerja.

Bukannya anda belajar lain, tapi buat kerja lain pula.

18. Fokus
—————–

Fokus 100% ketika belajar.

Jangan hiraukan telefon, internet, whats app atau mesej.

Elakkan membelek-belek telefon setiap kali mesej berbunyi atau ada notifikasi daripada facebook.

JIka ada hal penting atau kecemasan, biasanya orang yang berusaha menghubungi anda tidak akan menghantar mesej sebaliknya membuat panggilan telefon. Panggilan telefon itu ‘urgent’, pemanggil akan cuba menelefon anda beberapa kali.

Dalam hal ini, belajar berkumpulan boleh membantu jika setiap ahli serius sewaktu belajar. Rakan sekumpulan akan memastikan setiap ahli hanya belajar pada waktu belajar berkumpulan, tidak melakukan perkara-perkara lain.

19. Perkara penting untuk setiap subjek
—————————————————————–

Apabila mengulangkaji satu-satu subjek, ketahui apakah yang penting untuk setiap subjek.

Contohnya bagi sistem kardiovascular, penyakit penting mana yang perlu diketahui secara mendalam.

Myocardial infarction.
Acute pulmonary oedema.
Congestive heart failure.

Bagi sistem respiratori pula, penyakit apa yang penting?

Bronchial asthma.
Pneumonia.

Bagaimana mahu tahu yang mana penting? Topik-topik yang wajib diketahui.

Bertanya dengan pensyarah yang mengajar setiap subjek.

Bertanya dengan senior-senior.

Lihat soalan-soalan tahun lepas. Topik apakah yang selalu diuji dalam peperiksaan.

20. Pengulangan sesi ulangkaji
—————————————————

Apabila anda mempelajari satu-satu bab, ulang berkali-kali supaya anda dapat mengingatinya dengan lebih baik.

Tidak cukup dengan mengulangkaji hanya sekali melainkan anda mempunyai photographic memory.

Pengulangan yang berterusan akan memudahkan penyimpanan maklumat dalam minda.

Lagi 5 saja tips yang tinggal.

Bagaimana dengan semua tips yang telah dikongsi sebelum ini?

Jika anda rasa bermanfaat, silakan kongsi dengan rakan-rakan.

Published instetoskop & penTips for medical student

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *