Mari kita sambung tips belajar.
9. Catat nota sewaktu kuliah
———————————————-
Sewaktu kuliah, ada yang suka mendengar saja kerana mahu fokus 100 peratus pada pengajaran pensyarah.
Ada pelajar yang suka mencatit nota.
Secara peribadi saya golongan pelajar yang kedua. Saya suka mencatit nota kerana mahu mengelakkan diri tertidur ketika kuliah berlangsung.
Sedangkan dengan mencatat nota pun saya boleh tertidur, apatah lagi jika saya hanya melopong mendengar apa yang disampaikan oleh pensyarah.
Ada masanya pensyarah memberitahu perkara yang sukar diperolehi daripada buku teks perubatan yang kita biasa guna. Maklumat daripada pembacaan beliau. Maka info seperti ini sangat bagus untuk dicatat.
Namun ada segelintir pensyarah yang tidak suka pelajar menulis ketika beliau bersyarah di depan. Jadi lihatlah keadaan bagaimana sebelum anda mengambil nota. Kalau melakukan perkara yang tidak disukai, anda akan ditegur pula.
10. Buat nota sendiri
———————————
Seelok-eloknya anda buat nota sendiri mengikut pemahaman anda.
Nota yang ditulis oleh rakan-rakan anda mengikut pemahaman dan gaya bahasa mereka.
Dengan menulis nota sendiri memudahkan anda mengingati satu-satu maklumat.
Nota ringkas yang anda catat boleh dijadikan bahan bacaan pantas sebelum peperiksaan. Tidak perlu anda menyelak kembali buku-buku yang tebal dan tercari-cari apa yang ingin diketahui menjelang peperiksaan.
11. Lihat gambar
—————————
Bagaimana jika tiada mood untuk study?
Kalau bosan atau tidak tahu apa yang mahu dibuat dalam satu-satu masa, buka buku Anatomy dan lihat lukisan tubuh badan manusia.
Lihat organ-organ dan setiap struktur penting dalam tubuh manusia. Saraf, tulang dan salur darah.
Melihat lukisan akan merangsang minda anda.
Anda boleh juga melihat gambarajah, diagram, ‘table’ atau carta alir.
Maksudnya maklumat bukan dalam bentuk teks atau tulisan semata-mata.
Hanya belek-belek gambar jika tidak ada mood untuk study pada waktu itu.
12. Tentukan objektif sebelum membaca
——————————————————————
Sebelum anda mengulangkaji satu-satu bab, tentukan objektif anda.
Baca soalan-soalan mengenai bab tersebut. Supaya anda tahu apa yang penting dalam satu-satu bab.
Contohnya kalau anda membaca mengenai myocardial infarction.
Apakah yang anda mahu tahu mengenai myocardial infarction?
Anatomy.
Pathophysiology.
Clinical presentation (History & physical examination)
Differential diagnosis.
Investigation.
Management.
Medication.
Selepas anda habis membaca bab myocardial infarction, adakah objektif tercapai?
Bolehkah anda menulis kembali isi-isi penting berdasarkan objektif anda?
————————————————————————–
Bagaimana? Adakah tips-tips yang diberikan membantu anda setakat ini?
Jika bermanfaat, kongsilah bersama rakan-rakan.
Be First to Comment