Skip to content

Tips belajar untuk medical student II

OK, kita sambung lagi tips belajar untuk malam ini.

5. Masa terbaik untuk belajar
————————————————

Dikatakan masa terbaik untuk belajar adalah pada waktu awal pagi.

Tetapi jangan risau. Setiap orang mempunyai masa belajar terbaik yang berbeza.

Jangan bandingkan masa belajar anda dengan rakan-rakan. Masa yang terbaik untuk rakan-rakan tak semestinya terbaik untuk anda.

Kenal pasti bilakah masa anda boleh belajar paling efektif dan produktif.

Ada yang suka belajar awal pagi kerana mudah menyerap dan menghadam apa yang dibaca.

Saya jenis burung hantu. Saya suka berjaga lewat malam untuk mengulangkaji.

Seorang rakan saya tidur selepas Isyak. Kemudian beliau bangun pada pukul 2 pagi dan belajar sehingga waktu Subuh.

Usah anggap masa belajar anda pelik. Pelik pada orang lain mungkin yang terbaik untuk diri anda.

6. Sesi rehat ketika belajar
——————————————-

Usah belajar terus-terusan. Setiap 20 atau 30 minit anda belajar, berhenti rehat 5-10 minit.

Ada orang belajar sehinggga satu jam baru berhenti rehat.

Selepas sesi rehat, sambung belajar semula.

Sewaktu sesi rehat, minum air atau makan snek.

Jangan buat sesuatu yang melekakan semasa sesi rehat. Contohnya melayari internet atau facebooking. Dikhuatiri anda akan ralit dengan facebook hingga tersasar melebihi 5 atau 10 minit waktu rehat.

Ketika berehat dan otak rasa tepu, boleh lakukan sedikit latihan fizikal. Luruskan tangan dan kaki. Senaman ringkas.

Keluar sebentar dari bilik melihat pemandangan luar.

7. Tetapkan sesi ulangkaji
——————————————-

Jika anda mahu bertemu dengan seseorang individu yang penting, biasanya anda akan membuat temujanji.

Anggaplah sesi ulangkaji sebagai temujanji penting untuk anda.

Tetapkan sesi ulangkaji anda. Masukkan dalam diari atau jadual harian.

Bukan sekadar memenuhi jadual atau buku diari, temujanji @ sesi ulangkaji perlu dipatuhi.

8. Tidur, rehat dan makan secukupnya
—————————————————————

Menjadi medical student tidak bermakna anda harus menyeksa diri.

Medical student pun manusia biasa.

Anda berhak mendapat tidur, rehat dan makan secukupnya.

Tidur dan dapatkan rehat secukupnya. Usah rasa bersalah untuk berbuat begitu.

Ada rakan saya yang rasa bersalah apabila dia berehat atau tidur awal. Katanya dia sepatutnya belajar.

Tidak.

Dalam hidup kita, ada masa untuk belajar, tidur, makan dan rehat. Masa untuk beribadah dan berbuat perkara yang kita suka.

Dengan tidur dan rehat yang cukup, anda akan lebih segar untuk hari seterusnya.

Jaga makan. Bukannya khusyuk belajar hingga terbabas waktu makan. Sehingga sakit perut dibuatnya.

Ya, memang mudah untuk berkata-kata daripada melakukannya. Kita cuba ya.

Published instetoskop & penTips for medical student

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *