Skip to content

Tidak sabar menanti esok

Tidak tahu mengapa saya begitu teruja untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC tahun ini.

Siap berfikir baju mana mahu dipakai. Sedangkan untuk Hari Raya pun saya tak pernah sibuk berfikir tentang pemilihan pakaian.

Tahun ini merupakan tahun kedua buku saya akan dilancarkan di pentas utama PWTC. Mungkin itu faktor yang menyumbang kepada keterujaan saya.

Lebih menggembirakan bukan saya seorang saja yang akan naik ke pentas. Sahabat baik saya dari zaman sekolah akan naik ke pentas kerana bukunya turut dilancarkan. Malah bukan sebuah buku tetapi tiga buah buku sekaligus. Satu pencapaian yang hebat.

Tahun lepas sahabat saya menemankan saya semasa sesi bersama pembaca. Kali ini beliau hadir dengan gelaran penulis.

Tahniah Norsa’adah Ahmad!

Tahun lepas kami berangan-angan mahu tidur di hotel di sebelah PWTC untuk memudahkan urusan kami di pesta buku ini. Alhamdulillah, angan-angan akan jadi kenyataan.

Saya mahu membeli-belah buku. Sudah ada senarai buku yang mahu dibeli. Itu tidak termasuk dengan pembelian ‘on the spot’. Kalau ada buku yang menarik perhatian, saya akan beli juga walaupun tidak ada dalam senarai.

Kepada mereka yang berkunjung ke pesta buku, jemput hadir ke majlis pelancaran buku saya dan Sa’adah pada jam 10.00 pagi di Pentas Utama PWTC.

Pada pukul 3.00-4.00 petang kami berdua akan berada di booth L038-L039 Truewealth. Boleh bertanya soalan, berkenalan atau sekadar bertanya khabar.

Kami berbesar hati untuk berjumpa dengan anda semua. Jangan segan-segan menegur kami berdua.

Hadiah menarik untuk 20 pembeli pertama iaitu buku mini Bersyukur.

Jumpa esok.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *