Skip to content

Terima kasih

Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan tahniah di atas kenaikan gred saya.

Semoga kenaikan gred ini membawa kepada peningkatan kualiti kerja.

Seterusnya membawa kebaikan kepada warga Sabah khususnya di Likas yang mendapatkan perkhidmatan di jabatan tempat saya bertugas.

Secara amnya kepada masyarakat yang akan membaca segala ilmu yang bakal dikongsi dalam buku yang akan ditulis.

Selagi masih bergelar pakar perubatan kecemasan, saya akan setia berkhidmat di hospital.

Bila masanya saya akan meletakkan jawatan atau berhenti menjadi doktor, itu semua ialah rahsia Allah.

Jika pada masa akan datang, saya berhenti menjadi doktor, saya tetap akan menjadi doktor menerusi tulisan saya. Insya Allah.

Published inpenghargaan

2 Comments

  1. linda linda

    Slm.. skrg posting di Sabah ke ?

    • admin admin

      Waalaikumussalam. Ya, sekarang posting di Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *