Skip to content

Terharu dapat pujian

 

Pujian daripada bapa seorang teman membuatkan hati gembira.

Saya dan Norsa’adah Ahmad melakukan yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang berkualiti. Kami tidak mahu orang lain menyesal membeli buku ini.

Kami tidak menyiapkan Melbourne & Sydney dalam Sepuluh Hari untuk mendapatkan pujian atau penghargaan. Kami buat semata-mata untuk kepuasan diri dan orang lain yang membaca.

Tetapi apabila ada orang yang memuji, rasa gembira tetap ada. Rasa berbaloi dengan susah-payah yang dilalui dalam menulis, mengedit, memilih gambar, membuat ‘layout’ buku dan berurusan dengan pihak pencetak.

Hendak keluar modal kami fikir berkali-kali. Bagaimana kalau buku tidak mendapat sambutan? Bagaimana kalau pembaca tidak berpuas hati dengan buku ini?

Alhamdulillah, setakat ini rata-rata pembeli dan pembaca gembira dengan buku ini. Malah pujian yang diberikan menaikkan semangat kami untuk menghasilkan buku atau travelog yang lebih baik pada masa akan datang.

“Lepas ni kalau doktor melancong, tulislah buku lagi.” Permintaan daripada seorang pembeli buku ini. “Saya tak dapat pergi melancong macam doktor. Saya tak mampu setakat ni. Sekurang-kurangnya saya boleh baca pengalaman doktor di luar negara.”

Ayat ini memang hampir membuat saya menitiskan air mata. Buku saya membantu dia mengembara ke luar negara tanpa pergi ke sana.

Terima kasih kepada mereka yang membeli. Kami sangat menghargai kerana anda memilih karya kami. Semoga ada manfaatnya.

Silalah ambil gambar dengan buku kami setelah anda mendapatkannya.

P.S: Boleh dapatkan buku melalui
http://bit.ly/msdsh1

Published inBukustetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *