Skip to content

Tension

“Kenapa stress sangat ni?”

Muka rakan serumah seperti tempoyak basi.

“APLS la.”

Oh, APLS buat rakan saya stress. Saya pun stress semasa mengikuti APLS tahun lepas.

Stress buat saya terfikir, kenapa perlu ada stress dalam hidup ni.

Apa kebaikan stress untuk manusia?

Kalau tak ada stress, kita akan relaks saja. Tidak ada daya penolak untuk kita berbuat sesuatu atau mencapai kejayaan.

Tetapi kalau terlalu stress pun bahaya juga. Ada yang tak mampu mengawal stress hingga mengambil tindakan yang di luar akal fikiran yang waras.

Kesimpulannya, berpada-padalah bila rasa stress.

Pandai-pandai mengawal stress.

Apa mahu buat kalau stress?

Buatlah apa saja asalkan tidak menyalahi agama dan undang-undang.

Saya stress, saya baca buku, saya menulis, saya makan, saya tidur.

Lain orang, lain cara menangani stress.

Pilih cara terbaik untuk diri sendiri.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *