Skip to content

Tak dapat pergi

 

Dalam hidup ini ada masanya kita tak akan dapat segalanya yang kita mahu.

Kita akan rasa kecewa. Terkilan. Sedih.

Itulah kehidupan.

Tetapi jangan jadikan kekecewaan sebagai alasan untuk kita tidak mengambil tindakan.

Ada apa dengan entri ini.

Sebenarnya tiada apa.

Saya cuma terkilan tak dapat menghadiri Seminar 3P esok.

Ikutkan hati saya mahu terbang balik ke Semenanjung untuk berjumpa dengan rakan-rakan penulis yang hanya dikenali melalui Facebook selama ini. Apakan daya belum ada rezeki berjumpa.

Mungkin dalam seminar akan datang atau semasa ada acara pesta buku yang lain.

Saya wakilkan sahabat saya Norsa’adah Ahmad ke sana.

Saya wakilkan juga buku-buku saya untuk menemui rakan-rakan di sana. Silalah lihat, mana tahu ada buku yang berkenan di hati.

Terutamanya buku terbaru saya yang ditulis dan diusahakan bersama Sa’adah iaitu Melbourne & Sydney dalam Sepuluh Hari (MSDSH)

Pada siapa yang telah membeli buku MSDSH, terima kasih kerana sudi membeli. Semoga buku ini menghiburkan anda yang membaca.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *