Skip to content

Susun

Soalan ini saya tujukan kepada pencinta buku atau mereka yang gemar memiliki buku dan mempunyai rak buku di rumah.

Bagaimana kawan-kawan susun buku di rumah?

Ada pelbagai cara yang boleh diikuti.

DIri saya sendiri, saya susun buku ikut kategori.

Buku disusun di rak mengikut kategori.
✅Penulisan
✅Motivasi
✅Travelog
✅Kewangan
✅Hartanah
✅Novel
✅Buku umum
✅Buku agama
✅Buku medik

Ini memudahkan saya dalam mencari buku yang dikehendaki. Jika ada orang yang mengubah susunan buku saya pun saya boleh tahu.

Ada yang suka susun buku ikut penulis. Ini kerana pembaca ini gemar penulis tertentu. Dia memiliki sekian banyak buku daripada koleksi penulis tersebut.

Pilihan lain menyusun buku mengikut huruf A hingga Z. Maksudnya buku disusun mengikut tajuk.

Ada cara lain lagi?

Orang yang sistematik menyimpan senarai buku yang dimilikinya. Senarai buku ini boleh ditulis secara manual atau dimasukkan dalam komputer. Zaman sekarang, lebih mudah kita manfaatkan komputer atau gajet yang dimiliki.

Kita boleh kemaskini senarai buku dengan mudah apabila kita membeli buku baru.

Apa yang harus ditulis dalam senarai buku?
✅Tajuk buku
✅Nama pengarang
✅Penerbit
✅Kategori

Sesetengah pemilik buku suka menulis tarikh beliau membeli atau memperolehi satu-satu buku. Tarikh itu ditulis di buku itu sendiri atau dicatitkan dalam senarai buku.

Antara rakan-rakan facebook yang saya nampak selalu meletakkan status tentang buku koleksi mereka seperti Cikgu Mohd Helmi Ahmad dan Tuan Zaman Shah Saiyan.

Bagaimana kawan-kawan menyusun buku di rumah?

Published inUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *