Skip to content

Sunyi di tengah keriuhan

Ada teman yang bertanya, pernahkah rasa sunyi di tengah keriuhan?

Jawapan saya, ya.

Mungkin ada yang tidak faham, bagaimana boleh sunyi di tengah keriuhan.

Hanya yang mengalaminya akan faham perasaannya.

Kita dikelilingi oleh orang ramai namun hakikatnya kesunyian tetap menjengah dan menjentik hati. Ada masanya orang terdekat dengan kita pun tidak akan mengerti diri kita. Kerana hanya kita yang mengerti isi hati sendiri. Namun ada juga saatnya kita bingung dengan isi hati sendiri.

Barangkali itu juga salah satu sebab saya mengangkat pen dan menulis.

Sebab itu juga saya menaip selaju mungkin di kekunci ipad atau PC. Bagi mengusir kesepian yang adakalanya bermaharajalela.

Menulis mengubat jiwa.

Mengabadikan apa yang terbuku di dada menjadi sebuah naskhah.

Dan hasilnya…

Menolong menghiburkan hati insan lain yang mungkin ada masalah yang sama atau sekurang-kurangnya mengisi masa yang terluang.

Mengembungkan bank akaun belum lagi setakat ini tongue emoticon

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *