Skip to content

Stetoskop & Pen

Hari ini bermulanya tahun 2015.
Hari ini juga hari lahir abang saya yang ke 18+++
Selamat menjadi orang tua, abang!

Bermulanya tahun baru, semua orang berebut-rebut mahu buat azam baru.
Bagi saya, dapat bangun tidur setiap hari dengan sihat dan dapat melakukan apa yang saya mahu buat, saya sudah cukup bersyukur.

Tetapi saya tak mahu berbohong.
Saya suka buat senarai.
Saya akan buat senarai azam yang mahu dicapai dari segi kesihatan, perhubungan, penulisan, kewangan dan lain-lain lagi.
Namun azam ini tidak akan saya kongsi dengan orang lain.

Apa yang saya mahu kongsi dengan sahabat sekalian, azam untuk menulis buku baru.

Memandangkan saya tidak dapat menghadiri kursus penulisan status facebook menjadi buku yang akan dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamadpada Januari 2015, maka saya memberi cabaran baru kepada saya.

Saya akan menulis buku melalui facebook.
Satu hari = satu posting
365 hari = 365 posting

Status yang ditulis mungkin tidak mengikut turutan, terpulang ilham yang dikurniakan oleh-Nya untuk saya menulis pada setiap hari.

Apakah tugas sahabat facebook saya?
Mengingatkan saya sekiranya saya terlupa menulis pada hari itu. smile emoticon

Jika ada hari di mana saya terlupa atau sibuk dengan tugasan harian atau saya pergi ke mana-mana dan tiada talian internet, maka saya akan ‘top up’ penulisan pada hari berikutnya.

Penerbit buku ini masih belum saya fikirkan sama ada mahu terbitkan sendiri atau mencari penerbit yang sedia ada.

Buku ini tentang apa?
Perjalanan seorang doktor dalam mencapai impian kanak-kanaknya untuk menjadi penulis.

Dalam masa yang sama, saya tetap akan menulis buku-buku lain kerana ada banyak projek buku yang sudah terangka dalam minda saya.

Tajuk buku ini?
Stetoskop & Pen.

Terimalah Stetoskop & Pen seadanya.

 

Published inBuku

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *