Skip to content

Sisi yang lain

 

MO : Ish, saya tak puas hati la dengan bapak patient tu. Kekwat, berlagak.

Saya : Ni kenapa marah-marah?

MO : Tak de la, Dr Yati tengok kan, isteri dia baik sangat. Cakap dengan kita pun elok je. Tapi bila suami dia yang buka mulut, rasa nak marah.

Saya : Apa yang dia cakap?

MO : Dia tanya macam-macam la. Bila doktor ortho nak datang? Kenapa tak datang terus tengok anak dia? Nak kena tunggu berapa lama? Leceh la kena tunggu-tunggu macam ni. Apa, dia ingat dia seorang je ke yang doktor ortho tu nak mengadap?

MO : Dia cakap lagi, anak dia dah mengantuk. Dia nak katil untuk anak dia tidur. Bila saya cakap katil penuh, dia bising-bising. Macam-macam la. Cerewet mengalahkan perempuan. Isteri dia yang senyap pulak.

Saya tak sangka MO saya boleh bercakap beberapa ayat dengan satu nafas. Laju butir bicaranya. Macam tidak ada tanda noktah dan koma, semua dilanggarnya.

MO : Saya tak tahu la macam mana isteri dia boleh suka dengan dia. Apa la yang dia nampak kat lelaki tu.

Saya : Sabar. Sabar.

Prinsip saya, kalau orang lain marah saya sabarkan. Kalau saya marah, saya harap orang lain sabarkan saya.

Saya : Setiap orang ada dua sisi. Sisi elok, sisi kurang elok. Mungkin apa yang kamu nampak tu sisi kurang elok dia. Isteri dia nampak sisi elok dia.

Saya : Kalau kamu nampak sisi elok dia, silap-silap kamu jadi isteri nombor dua dia.

Saya tergelak besar dengan kata-kata saya sendiri.

MO : Ish, apa la Dr Yati ni. Tak mahu la jadi isteri lelaki macam tu.

Ya, kadang-kadang kita hanya nampak satu sisi pada seseorang individu. Bagaimana jika kita hanya nampak sisi kurang elok dia?

Sedangkan ada orang lain nampak sisi elok individu tersebut.

Kerana itu isterinya memilih dia sebagai suami. Isterinya nampak sisi elok lelaki itu yang kami tidak nampak.

Adakah orang lain nampak sisi elok kita atau sisi kurang elok?

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *