Skip to content

Shopping Buku

Sebagai seorang penulis, membeli buku antara agenda wajib setiap kali ke kompleks membeli-belah.

Saya tidak gemar membeli baju, seluar atau tudung. Seolah-olah satu penyeksaan jika saya kena mencari pakaian baru untuk dibeli. Oleh itu jangan hairan kalau kawan-kawan nampak saya pakai baju yang sama berulangkali. Sama seperti pengasas facebook yang ditanya mengapa beliau gemar mengenakan t-shirt warna yang sama. Katanya hal pakaian bukanlah satu keutamaan untuk difikirkan.┬áBegitu juga jawapan saya jika ditanya mengapa tidak gemar ‘shopping’ baju.

Saya pantang kalau nampak buku yang menarik di kedai buku. Pasti saya akan membelinya. Harga belakang kira. Kalau tidak cukup bajet untuk membeli pada bulan ini, saya akan beli pada bulan depan.

Sewaktu bergelar pelajar, kewangan terhad. Apatah lagi buku-buku rujukan untuk mahasiswa perubatan bukan murah harganya, mencecah beratus-ratus ringgit. Saya perlu utamakan beli buku pelajaran semasa di universiti. Sekarang, sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, saya bebas membeli buku yang saya mahukan.

Buku, alat penting untuk menjadi penulis yang bagus. Seorang pembaca tidak semestinya menulis. Tetapi seorang penulis ialah individu yang rajin membaca.

Kenapa entri ini terhasil?

Kerana saya membeli buku di kompleks membeli belah yang saya kunjungi dalam masa dua hari ini.

Di MPH Midvalley saya membeli Catatan Fikir Dua Penulis (Puas mencari di KK, buku ini belum sampai ke sana lagi).

Di Kinokuniya KLCCC, saya beli Packing Light hasil nukilan Allison Vesterfelt. Saya terinspirasi dengan kisah beliau yang berhenti kerja, menjual harta benda yang dimilikinya untuk menunaikan impian mengembara ke 50 buah negeri di US (Kalaulah saya mempunyai keberanian seperti dirinya, meninggalkan segala-galanya untuk mengembara).

Di MPH Nu Sentral, saya beli sebuah novel kerana tertarik dengan tajuknya, Muridku Suami Aku (Boleh dijadikan bacaan santai pada masa lapang).

 

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *