Skip to content

Setiap hari membawa makna

 

Kita tidak tahu apa yang menanti kita setiap hari apabila bangun dari tidur.

Seperti biasa saya pergi kerja. Kawan menjemput untuk pergi ‘drug talk’ di Pacific Sutera Harbour.

‘Drug talk’ bermaksud majlis yang dianjurkan oleh syarikat pengeluar ubat dan dalam majlis ini ada speaker jemputan untuk membincangkan satu-satu topik. Sudah terbiasa cakap ‘drug talk’, saya keliru apa terjemahannya dalam bahasa melayu.

‘Drug talk’ juga bermakna ada makanan percuma yang boleh dinikmati sama ada semasa atau selepas majlis.

kiran 3

Saya paling suka makan. Kadang-kadang pergi ‘drug talk’ bukan kerana mahu dengar apa yang mahu disampaikan, lebih kerana mahu makan. tongue emoticon

Sampai di Pacific Sutera Harbour, kami antara orang yang terawal. Ada minum petang yang disediakan. Kudap-kudapan comel. Bukan setakat rupa yang cantik, malah rasanya pun sedap. Kebetulan saya sangat lapar. Banyak juga yang selamat masuk ke dalam perut.

Tajuk topik ‘drug talk’ ialah Inadequate Pain Relief in the Musculoskeletal Patient yang disampaikan oleh Dr Miguel Angel Ruiz Iban, seorang ortopedik surgeon daripada Madrid. Tak berhenti soalan yang diajukan kepada beliau.

Habis ucapan dan sesi soal jawab, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu sesi makan malam. Lama tidak makan buffet di hotel. Makanan percuma memang sedap. Puas juga saya makan. Nasi, lauk-pauk, sushi, kek, aiskrim.

kiran 2

Balik dari hotel, kami singgah ke Gleneagles, hospital swasta paling baru di Kota Kinabalu. Menjenguk sahabat zaman undergraduate iaitu Rachel. Sudah lebih 10 tahun rasanya kami tidak berjumpa.

Paling tidak diduga bertemu kawan lama dari zaman postgraduate iaitu Kiran. Seronok berjumpa orang yang dikenali di sini. Seronok melihat dia gembira dengan apa yang dilakukannya sekarang.

Keluar dari program master bukan bermakna kehidupan telah berakhir. Seperti yang telah dibuktikan, ianya ialah permulaan untuk satu kehidupan baru.

Kiran membawa kami melawat wad dan klinik di Gleneagles. Jika ditanya sama ada saya akan berpindah ke sektor swasta, buat masa ini jawapannya tidak. Esok lusa, hanya Tuhan yang tahu.

Kami berpisah dengan janji akan berjumpa lagi untuk makan-makan.

Buat Rachel dan Kiran, terima kasih kerana melayan kami dengan baik.

Hari ini memang menggembirakan.

Dapat makan. Dapat jumpa kawan.

Nikmat mana lagi yang kamu mahu dustakan.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *