Skip to content

Sesi Bicara Buku di PICC

Alhamdulillah.

Selesai tugasan hari ini.

Sesi bicara buku di Putrajaya International Convention Centre sempena pesta buku MPH.

Saya sampai pukul 10 pagi. Sempat membeli pakej photo book yang ditawarkan di gerai di luar dewan.

Berjumpa dengan staf MPH di dalam dewan, saya memperkenalkan diri sebagai speaker pagi ini. Dia bertanya di mana peralatan yang akan digunakan.

Saya tercengang. “Peralatan apa?”

Julia, staf MPH menjawab, “Event untuk kanak-kanak. Tak kan tak ada guna apa-apa peralatan.”

Berkerut dahi saya. “Saya bukannya bagi talk untuk kanak-kanak.”

Oh, rupanya saya tersilap dewan. Acara saya di dewan sebelah.

Pukul 10.30 pagi, bahagian penonton kosong. Saya mula risau. Tidak ada orang ke mahu dengar saya bercakap.

Saya berbual-bual dengan Haziq, staf MPH yang menguruskan acara ini.

Ternyata kerisauan saya tidak berasas. Apabila acara dimulakan tepat 11 pagi orang datang dan duduk di bahagian penonton.

Saya mula melontarkan apa yang ada di kepala.

Tiga orang penonton aktif bertanya. Yang lain mendengar dengan tekun.

Masa 45 minit berlalu tanpa disedari.

Tamat.

Saya seronok melakukannya. Habis sesi saya sambung perbualan dengan penonton yang aktif bertanya tadi. Penonton lain beransur pulang.

Terima kasih pada mereka yang datang. Terutamanya pada sahabat penulisan saya Norsa’adah Ahmad.

Selepas ini pelancaran buku di PWTC pada 27 April 2015 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Tidak sabar menantikan acara itu pula.

Jumpa di sana pula!

Published inBukupublisiti & promosistetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *