Skip to content

Sentiasa ada jalan

Tergaru-garu kepala melihat penyata kad kredit. Bulan ini terlalu banyak perbelanjaan kad kredit.
Mengikuti kursus di luar negara belanjanya bukan murah.
Kursus dalam negara pun tidak murah kerana speakernya bertaraf antarabangsa.
Tidak menyesal malah saya gembira mengikuti semua kursus tersebut. Cuma kebingungan bila melihat penyata kad kredit.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Terfikir-fikir di mana mahu mencari duit untuk melunaskan semua bayaran kad kredit, saya dikejutkan dengan berita gembira.
Buku saya terpilih dalam Dana Penulis daripada Perpustakaan Negara. Sebanyak 502 buah Sehari di A&E dibeli oleh Perpustakaan Negara untuk diedarkan ke perpustakaan desa seluruh negara.
Alhamdulillah.
Rezeki Tuhan hendak bagi.
Sentiasa ada jalan bila dalam kesempitan. Yakin dengan-Nya.
P.S: Tahun depan mahu hantar buku lagi. Ada rezeki boleh dapat lagi. Kawan-kawan penulis silalah hantar buku anda untuk Dana Penulis oleh Perpustakaan Negara.
P.S 2: Terima kasih pihak Truewealth dan Puan Azlynn Azizi yang memudahkan urusan ini.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *