Skip to content

Seminar junkie

Saya seorang yang suka menghadiri seminar. Boleh dikatakan seminar junkie.

Setiap seminar yang ada kalau boleh saya mahu pergi. Cuma kewangan dan kekangan masa yang membataskan.

Mengapa saya suka pergi seminar?

Dapat ilmu baru.

Jumpa kenalan baru.

Bila saya pergi medical conference, saya dapat berjumpa dengan rakan-rakan daripada bidang yang sama saja.

Kalau saya menghadiri kursus penulisan, seminar internet, saya berpeluang menemui rakan-rakan baru daripada bidang yang berbeza.

Sebab itu saya lebih suka seminar bukan medikal. Namun saya pergi juga kursus-kursus medikal untuk meningkatkan ilmu dalam diri bagi profesion saya.

Kebanyakan idea penulisan saya perolehi semasa seminar.

Ya.

Banyak idea yang saya boleh dapat dalam dua keadaan:
1. Bercuti
2. Ketika menghadiri seminar

Jadi, saya pulang ke rumah bukan dengan ilmu seminar saja, malah saya membawa balik idea untuk penulisan buku-buku seterusnya.

Namun perkara ini hanya berlaku jika saya menghadiri seminar non-medical. Kalau berkursus berkaitan bidang kerja, idea tak muncul-muncul kerana saya fokus dengan isi kursus.

P.S: Gambar berikut ialah helaian kertas idea yang saya bawa pulang dari Da Nang. Kalau lama lagi kursus, lagi tebal kertasnya. (Kertas sponsor dari Novotel )

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *