Skip to content

Selamat tinggal PBAKL 2015

Tiga hari di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 cukup mengujakan. Terasa begitu cepat masa berlalu.

Lenguh kaki tidak terkira. Saya tidak tahu bagaimana petugas-petugas di PBAKL boleh bertahan daripada pukul 10 pagi hingga 7 petang semasa hari biasa dan lebih lama semasa hujung minggu.

Macam mana mahu buka booth sendiri kalau tiga hari pun sudah tidak tahan?

Tidak mengapa. Abaikan. Fikirkan kemudian.

Saya sangat gembira kerana objektif tercapai. Macam karangan pula, pergi pesta buku pun ada objektif. Hmmm….

Antara perkara yang saya lalui dalam masa tiga hari ini:

1. Pelancaran buku saya
– Objektif saya: Tiap-tiap tahun mahu ada pelancaran buku sendiri

2. Membeli buku-buku idaman
– Saya pasti hampir setiap orang yang pergi ke pesta buku mempunyai senarai buku yang ingin dibeli
– Antara buku yang berjaya saya beli Tora Datang Lagi
– Banyak juga pembelian buku yang tidak dirancang
– Buku paling banyak saya beli daripada ITBM sebanyak 10 buah membuatkan saya berangan-angan mahu melihat buku saya diterbitkan oleh ITBM

3. Berjumpa dengan personaliti hebat
– Datuk Wira Dr Maznah, Iron Lady
– Tuan Haji Abd Aziz Abu Bakar, Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia
– Tuan Sayed Munawar, CEO Kota Buku
– Tuan Abd Wahab, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
– Puan Fadhilah Aini, Bahagian ISBN Perpustakaan Negara
– Puan Rahimah, Pusat Penyerahan Terbitan Negara
– Puan Noor Suraya, novelis dan penulis Dapur Mak Cik Raja

4. Berjumpa teman penulis dan rakan penerbit, ada yang sudah ditemui sebelum ini, ada yang baru pertama kali berjumpa
– Tuan Sofuan Saadon penulis Anekdot Seorang Cikgu
– Tuan Hazlam Anuar penulis Aku Mahu Banglo Pink
– Tuan Wahyudi Mohd Yatim Kemilau
– Puan Ainun, editor ITBM
– Puan Azlynn Azizi Truewealth
– Tuan Nik Nik Mohd Iznan Menjadi Penulis Jutawan

5. Mendapat maklumat tentang penerbitan buku daripada editor dan rakan-rakan penulis

6. Mendengar bicara penulis di Sofa Putih ITBM

7. Menemankan sahabat baik saya Norsa’adah Ahmad yang mempunyai slot berkenaan GST di Sofa Putih ITBM

Lebih manis kenangan di PBAKL ditamatkan dengan kunjungan ke perpustakaan InfoLib Bernama

Terima kasih kepada Puan Moon Nasri yang memberi ruang untuk saya melawat ke sini.

Sambutan mesra yang diberikan membuatkan saya dan Saadah terharu. Kagum dengan kegigihan mereka mendigitalkan khazanah negara supaya boleh menjadi tatapan generasi akan datang.

InfoLib Bernama kelihatan sangat menarik kerana bukan sahaja dipenuhi buku-buku, akhbar dan majalah untuk rujukan, malah lebih dari itu. Deretan komputer untuk melayari internet, tempat makan yang comel, bilik permainan untuk bermain ‘board game’ dan dart, bilik karaoke dan video game. Ada photo booth juga untuk pengunjung yang mahu mengabadikan kenangan di sini.

Kalau InfoLib Bernama ada di KK, memang saya akan berkunjung ke tempat ini setiap hari.

Published inBukupenghargaanpublisiti & promosistetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *