Skip to content

Sehari di Tenom

Bertolak dari Kota Kinabalu ke Keningau pukul 11.30 pagi. Tercari-cari Hotel Sento.

Sampai di Hotel Sento. Bilik sedag dikemaskan lagi. Jam baru menunjukkan pukul 1.30 petang.

Kami keluar. Sebelum itu sempat bertanya dengan staf di kaunter hotel, adakah tempat menarik untuk dilawati di Keningau. Mungkin sungai atau taman hutan.

Lelaki yang duduk di lobi memberitahu kami akan Pamilan.

Saya melayari internet untuk mencari maklumat tentang Pamilan. Ada. Tempat itu sebelum sampai ke Tenom.

Fariza memandu kereta menuju ke Tenom.

Ketika kami rasa seperti tidak berjumpa dengan apa yang dicari-cari, ternampak papan tanda berwarna hijau tertulis Pamilan 15.5. Belok ke kiri dan ternampak sungai yang dicari-cari.

4

Tidak ramai orang.

Air sungai menggamit saya untuk mandi, tetapi saya tidak membawa pakaian salin.

Saya rendam kaki di dalam sungai. Airnya tidak terlalu sejuk. Best betul kalau dapat mandi.

8

Dari Pamilan kami ke Tenom. Pertama kali sampai di Tenom. Meninjau stesen keretapi Tenom.

6

Satu gerabak kelihatan dari kejauhan. Orang berdiri di pintu keretapi seperti orang ramai bergayut di bas mini KL yang sesak satu masa dahulu.

Kerusi di dalam gerabak menunjukkan keretapi ini sudah tua usianya. Tingkap terbuka.

7

 

Kami melalui Hospital Tenom. Oh, ada bangunan kecemasan baru di Hospital Tenom. Jabatan Pesakit Luar terletak di sebelah Jabatan Kecemasan.

Balik ke Keningau kami singgah di Keningau Mall.

Ada panggung wayang di sini. Kami pilih filem Crimson Peak tanpa tahu apa ceritanya.

Selesai menonton Crimson Peak, saya termangu-mangu. Cerita merepek apakah ini?

Berakhirlah kisah sehari di Tenom dan Keningau.

5

Published inkursusstetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *