Skip to content

Salah doktor ke

 

Pesakit itu dihantar dari hospital daerah kerana disyaki mengalami keguguran yang berkaitan dengan jangkitan kuman.

Pesakit perlu dimasukkan ke wad kerana keadaannya. Namun tiba-tiba pesakit menyatakan dia mahu balik ke rumah.

MO saya berbincang dengannya dan meminta dia bersabar kerana doktor bahagian obstetrik dan ginekologi (O&G) belum lagi turun melihatnya di jabatan kecemasan.

Dia tetap mahu pulang ke rumah. Saya pula cuba bercakap dengannya.

“Kenapa mahu balik rumah? Kamu perlu tinggal di wad.” Tanya saya.

Dia tidak menjawab soalan saya, sebaliknya berkata. “Saya tak mahu tinggal di hospital. Saya nak balik ke rumah.”

Saya menerangkan tentang keadaannya dan mengapa dia perlu tinggal di hospital buat masa ini.

Dia masih tidak dapat menerima penerangan yang saya berikan.

Dia sudah bangun dari katil dan mengeluarkan telefon untuk menelefon suaminya. Talian telefon tidak berapa elok di dalam jabatan. Maka dia mahu keluar untuk menghubungi suaminya.

Apabila doktor bahagian O&G berjumpa dengan dia dan memberi penerangan mengenai keadaannya, dia masih berdegil ingin pulang ke rumah. Siap pakar O&G bercakap sendiri dengan pesakit. Tetapi pesakit memilih untuk pulang ke rumah.

Salah para doktor ke kalau pesakit membuat keputusan untuk pulang ke rumah?

Empat orang doktor bercakap dengan dia. MO kecemasan, pakar kecemasan, MO O&G dan pakar O&G. Masih gagal meyakinkan dia.

Adakah pesakit tidak faham penerangan yang diberikan?

Apabila pesakit mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sedangkan sepatutnya dia dimasukkan ke wad, saya terfikir: salah doktor ke?

Kami mahu yang terbaik untuk pesakit. Kami tidak untung apa jika pesakit masuk ke wad.

Tetapi pesakit mempunyai sebab sendiri mengapa dia tidak mahu mengikut saranan doktor. Mungkin ada alasan yang kami faham atau mungkin kami tidak faham.

Pesakit mempunyai hak membuat pilihan untuk dirinya.

Ya, ajal maut itu takdir-Nya namun kita sebagai manusia perlu berusaha. Usah menyerah tanpa usaha.

Pada akhirnya, saya berharap agar tidak ada apa-apa yang buruk terjadi ke atas pesakit.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *