Skip to content

Sajak tengah malam

 

Hujan lebat di luar
Kencang angin
Dingin yang mencengkam
Tengah malam ini
Membuat hati goyah
Bimbang takut

Segala perasaan aku ketepikan
Kerana ada kerja yang harus diselesaikan
Demi minat pada penulisan
dan janji yang telah diberi

Aku di KK
Sa’adah di Johor
Jarak memisahkan
Whats app mendekatkan
Evernote memudahkan
Perkongsian tugasan menyiapkan travelog Australia

Bukan mudah menghasilkan buku sendiri
Berganding bahu meringankan bebanan
Mengurangkan penat yang menyerang
Melegakan perasaan

Doakan buku ini menjadi kenyataan
Untuk tatapan semua

Published inSajakstetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *