Skip to content

Sahabat seperti durian

Sedikit tapi berkualiti. RM14. Puas hati. Sangat berbaloi. Makan satu kenyang setahun. Okay, ini over. 😆

Kehidupan begitu juga. Walaupun jumlah rakan kita sedikit. Namun mereka ialah sahabat susah dan senang. Sentiasa ada bila kita memerlukan sahabat.

Tidak perlu memiliki sahabat yang ramai seandainya perhubungan itu toksik dan memudaratkan. Biar sedikit tapi berkualiti.

Orang putih kata ‘shoulder to cry on’. Orang melayu kata ‘bahu tempat bersandar dan menangis melepaskan perasaan’.

Terima kasih untuk sahabat saya di luar sana. Seperti durian yang sentiasa membuat kita senyum.

Published inUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *