Skip to content

Sabah Research Day

yat8 yat9

Apa yang kita tuliskan akan kekal sebagai dokumen. Dokumen untuk menjadi rujukan kepada generasi akan datang. Oleh itu, tulislah.

Tidak kira siapa kamu dan apakah pekerjaan kamu, tulislah.

Hatta seorang suri rumah pun boleh menulis. Menulis berkenaan ilmu rumahtangga, ilmu mendidik anak, tips memasak, petua mengemas rumah.

Seorang pelajar boleh menulis. Menulis bagaimana mengatasi stress belajar.

Itu yang terfikir dalam kepala saya apabila menghadiri Sabah Research Day 2015 di Hospital Likas.

Sabah Research Day 2015.

3rd Sabah Medical Research & Scientific Conference.

Sebenarnya nama saya tiada dalam senarai. Tetapi boss saya dijemput hadir sebagai tetamu khas. Saya diarahkan boss menggantikan tempat dia kerana dia mempunyai urusan lain.

Saya baru bercadang hendak duduk diam-diam dalam jabatan. Penat pulang dari KL dan letih menghadiri ICCEM 2015 belum hilang lagi.

Saya yang menurut perintah.

Bagus juga diberi peluang menghadiri majlis ilmu ini walaupun sekadar menggantikan boss. Huhuhu… merasalah pakai kad nama tertulis VIP.

Menarik topik-topik yang diberikan.

Oral presentation & poster presentation.

Melihat doktor-doktor muda, ahli farmasi dan staf yang menjadi pemenang, saya bangga dengan mereka. Sesiapa yang tidak menang pun bukan bererti kalah. Detik mereka menghantar penyertaan sama ada poster atau berucap di atas pentas, mereka sudah bergelar pemenang. Bukan sedikit usaha untuk menyiapkan poster dan teks ucapan.

Nampaknya saya pun perlu mengorak langkah menulis dalam bidang yang menjadi kepakaran saya. Kalau doktor yang lebih junior boleh melakukannya, apa alasan yang saya ada untuk tidak melakukannya?

Published inkursusstetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *