Skip to content

Rezeki itu

Rezeki itu…

adakah makanan sahaja?

adakah chicken chop atau laksa penang semata-mata?

Rezeki itu…

meluas dan dalam maknanya.

Rezeki.

Udara untuk bernafas.
Langit biru indah untuk tatapan mata.
Sepasang kaki untuk merasa dinginnya air sungai.
Sepasang tangan untuk memegang anak kita.

Rezeki untuk penulis.

Ilham untuk berkarya.
Masa untuk menulis.
Royalti buku.
Pertukaran idea dengan pertemuan bersama penulis lain.
Berkongsi ilmu dengan pembaca buku.

Rezeki untuk doktor.

Masa untuk ke tandas (melakukan apa yang patut)
Masa untuk mengisi perut.
Dapat buat prosedur – pasang chest tube, CVL, ‘intubate’ pesakit.
Melihat penderitaan yang dialami pesakit berkurangan atau beransur hilang.
Melihat pesakit tersenyum semula.
Melihat pesakit pergi dengan aman jika itu yang terbaik untuknya.

Rezeki kita ditetapkan oleh-Nya.

Jangan sempitkan makna rezeki.

Bersyukur dengan segala bentuk rezeki yang Allah berikan pada kita.
Masa.
Kesihatan.
Kebahagiaan.
Nikmat dapat makan.

Menjadi insan yang bersyukur.

Nantikan kemunculan buku mini saya yang sedang dalam pembikinan berjudul:
Bersyukur : Mendidik Hati Supaya Mengerti.

Published inBukustetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *