Skip to content

Rezeki bukan sekadar duit

 

Nasi lemak sambal udang.

Jagung rebus.

Sambal goreng.

Kerepek ubi pedas tahap 10/10.

Semuanya ‘home made’ oleh emak.

Hari ini gembira kerana menjamah air tangan emak. Tak tepat istilah menjamah. Lebih sesuai dikatakan makan sampai kenyang. Perkataan kurang elok ialah melantak.

Sedap betul masakan seorang ibu.

Makan seperti bertahun-tahun tak pernah merasa hidangan ini semua.

Yang original dan dihasilkan oleh orang istimewa itu yang memikat hati.

Apa kaitan makanan dengan penulisan.

Membuat saya bersemangat untuk terus menulis dan menghasilkan karya yang unik. Supaya bila orang baca, orang tahu itu karya yang saya tulis.

Sukar tetapi tidak mustahil.

Sewaktu makan, ilham untuk buku seterusnya terlintas di fikiran.

Rezeki bukan sekadar duit.

Rezeki saya hari ini ialah makanan.

Selepas Bersyukur : Mendidik Hati Supaya Mengerti, buku mini yang akan menyusul (tidak tahu bila lagi) ialah Bersyukur : Rezeki Bukan Sekadar Duit.

‪#‎stetoskopdanpen‬

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *