Skip to content

Popular Book Fair di One Borneo

yati8

Tiga hari berturut-turut saya buat ‘shopping complex hopping’. Selalunya orang buat ‘island hopping’. Saya dan Azwa mengunjungi kompleks membeli-belah sempena cuti hujung minggu.

Hari pertama, Imago.
Hari kedua, Suria Sabah.
Hari ketiga, One Borneo.

Hendak pergi jauh-jauh tidak boleh. Kami berdua oncall. Maka tempat dekat-dekat saja yang boleh dituju.

Popular Book Fair sedang diadakan di One Borneo. Bermula pada 24 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016. Peminat buku bolehlah membeli-belah buku sempena jualan hujung tahun.

Rasa terawang-awang bila dikelilingi ribuan buku. Rasa ‘high’ kejap. Mungkin itu perasaan ‘drug addict’ agaknya bila dapat dadah. Saya rasa teruja bila tengok buku.

Hendak buat saya gembira memang senang. Bawa saja ke tempat yang ada banyak buku. Sama ada kedai buku atau pesta buku. Tersenyum tak sudah dibuatnya.

Kali ini saya beli sedikit saja buku. Beli 4 buah buku saja.

1. Tinta dari Hati – Sharifah Al-Qhadri
2. The Kite Runner – Khaled Hosseini
3. 200 Ways to Motivate Yourself & Others – Steve Chandler
4. The $100 Startup – Chris Guillebeau

Buku The $100 Startup sudah hampir dua tahun saya simpan keinginan untuk beli tapi masih tak beli-beli. Akhirnya saya beli juga di pesta buku ini.

Saya tertarik untuk mengetahui apa yang ditulis mamat Chris Guillebeau kerana dia seorang pengembara dan penulis sepenuh masa.

Mengunjungi pesta buku merupakan salah satu cara saya untuk memotivasikan diri sendiri agar lebih rajin dan konsisten menulis. Melihat deretan buku memberi saya lonjakan semangat agar buku saya turut berada dalam senarai buku yang dijual.

Mereka yang berada di KK, pergilah melawat Popular Book Fair di One Borneo. Boleh beli barang-barang sekolah anak, ada dijual juga. Hingga saya turut tergoda, nyaris-nyaris mahu beli set lunch box Monster. Akhirnya saya berpuas hati dengan pensil box Hello Kitty dan Mickey Mouse saja.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *