Skip to content

Polis Evo

Membaca ulasan daripada rakan-rakan tentang Polis Evo membuatkan saya teruja untuk menontonnya sendiri. Hampir kebanyakan orang memuji filem ini.

Paling saya terkesan dengan ulasan daripada rakan Yan Yahaya

Rabu malam, saya ajak rakan serumah ke One Borneo.

Memang betul seperti yang dikatakan. Indah khabar dan indah rupa.

Polis Evo antara filem melayu yang menarik dan menghiburkan. Filem ini membuatkan penonton terpaku dari awal hingga akhir.

Beberapa perkara yang saya suka:

1. Penggambaran filem dibuat di Terengganu.

Pemandangan indah di pantai, riuh rendah di bandar di Terengganu, adegan kejar mengejar di celah rumah kampung. Seorang pembuat wau ternganga melihat polis dan penjahat berkejaran.

Selama ini penggambaran drama dan filem tertumpu di kotaraya Kuala Lumpur. Sesekali melihat tempat yang berbeza memberi persepsi baru. Banyak tempat menarik di Malaysia yang penggiat filem kita boleh ambil.

2. Dialog mengggunakan dialek Kelantan dan Terengganu.

Drama yang ditayangkan saban hari berkisar hidup orang korporat. Cinta orang miskin dan orang kaya menggunakan dialog campuran bahasa melayu dan inggeris.

Dalam filem ini, sedap telinga mendengar dialog yang digunakan. Jarang filem dan drama menggunakan dialek negeri.

3. Cerita yang menarik.

Jalan cerita yang memikat. Ringkas saja iaitu mengenai polis yang cuba membanteras sindiket dadah syabu naga. Namun perjalanan ceritanya lancar dan tiada momen yang membosankan langsung.

4. Pelakon yang serasi antara satu sama lain.

Setiap pelakon membawakan watak dengan baik. Tidak nampak kekok dan dialog yang dilontarkan terasa kena.

Gabungan Shaheizy Sam dan Zizan berjaya. Mereka mempunyai matlamat yang sama tetapi karakter yang berbeza. Namun apabila mereka dapat menerima perbezaan karakter diri masing-masing, tidak ada apa yang dapat menghalang mereka daripada menumpaskan penjahat.

Seperti ingin menonton filem ini sekali lagi tetapi tidak tahu bila.

Pendek kata kalau filem ini adalah sebuah buku, pasti buku ini akan menjadi ‘best-seller’. Ada segala rencahnya, cukup ramuan dan memiliki daya pernarik. Orang akan membaca dari muka surat pertama hingga yang terakhir.

Macam mana ya mahu tulis buku sehebat Polis Evo?

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *