Skip to content

Pilihan dalam hidup

Ada orang suka baca buku seram. Ada orang suka baca novel cinta. Pembaca buku motivasi pun jumlahnya banyak. Begitu juga komik ada peminat tersendiri.

Bukan buku sahaja, setiap benda dalam hidup kita ada pilihan.

Kita boleh pilih mahu tengok Avengers atau Fast and Furious. Mahu tonton filem melayu romantik komedi pun boleh. Filem Shah Rukh Khan atau Salman Khan.

Mahu makan chicken chop atau nasi lemak sambal udang petai.

Dalam perubatan kecemasan pun ada banyak portfolio atau orang putih panggil ‘area of interest’, mengkhusus pada apa yang kita minat.
– perubatan kecemasan kanak-kanak
– pra hospital
– toksikologi
– rawatan kritikal
– disaster
– hyperbarik
– ular
– ultrasound

Ajaibnya walaupun banyak pilihan, satu pun tak berjaya menambat hati saya setakat ini. Belum terbuka lagi nampaknya.

Saya lebih berminat dengan penulisan buku setakat ini. Saya pilih untuk mengkhusus dalam bidang penulisan buat masa ini. Biarlah mereka yang berminat dengan bidang-bidang dalam perubatan kecemasan menjadi pakar ‘area of interest’.

Saya tak perlu pilih untuk menjadi doktor atau penulis kerana saya boleh menjadi kedua-duanya sekali pada masa ini. Tetapi saya memilih untuk tidak membuat pengkhususan.

Sebenarnya saya bukan berfikir pasal portfolio tetapi mengenai pilihan untuk kerjaya pada masa depan:
– kekal di KKM
– berpindah ke bahagian universiti
– penulis sepenuh masa
– suri rumah
– jadi koala

OK, yang terakhir ini tidak mungkin la. Hanya dalam mimpi.

Jadi manusia ini kerjanya berfikir setiap hari kerana Allah kurniakan akal untuk kita berfikir. Kita berhenti berfikir bila malaikat Izrail menyapa.

‪#‎stetoskopdanpen‬

P.S : Minggu depan saya ke KL dengan status sebagai penulis

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *