Skip to content

Perubahan

Status lima tahun yang lalu.

Noor Hayati Yasmin

October 10, 2010 ·

 daripada gambar di bawah dapat diteka apakah yg aku beli…..ya…..Nokia E72…. huhuhuh…. lepas ni bole la ber’wifi’ selalu…..(beli sebab jealous dgn Hazwah yg dapat google dictionary.com ari tu dalam kelas)…..

10.10.10

Bila melihat kembali status facebook yang saya tulis dahulu kala, rasa hendak tergelak. Tidak percaya pun ada.

Pada masa itu, main hentam keromo saja menulis. Tidak banyak fikir. Hanya niat mahu letak status terbaru.

Maka entah apa-apa yang saya tulis. Facebook seperti menjadi diari maya saya. Hampir semuanya mahu ditulis dalam facebook.

Tahun yang berlalu membawa perubahan.

Apa orang kata, anjakan paradigma.

Tidak menulis sesuka hati.

Sebelum tulis dan kemas kini status, fikir.

Ayat dan perkataan yang digunakan dalam status dahulu pun caca merba. Tidak tentu arah.

Kata mahu jadi penulis, tetapi menulis sesedap rasa.

Kini lebih berhati-hati. Tulis ayat penuh, ejaan betul, tatabahasa dijaga. Kalau ada kesilapan juga, maksudnya saya terlepas pandang.

Bukan dalam status facebook saja, ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Masa bertahun-tahun perlu ada perubahan dalam diri dan hidup kita. Tidak boleh statik atau berada pada paras yang sama.

Kita memperbaiki diri seiring dengan peredaran masa.

Maju ke depan bukannya berpatah balik ke belakang atau kekal di tempat yang sama, tidak bergerak-gerak.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *