Skip to content

Percubaan pertama kek aiskrim vanila oreo

Malam ini saya dan Fizah membuat kek aiskrim vanila oreo. Resepi diperolehi daripada www.bukuresepi.com.

Hanya perlukan biskut oreo, aiskrim vanila dan mentega. Teruja kami untuk merasa hasilnya.

Sayangnya, lapisan biskut oreo dan mentega di bahagian bawah terlalu keras hingga gagal dipotong menggunakan pisau.

Nampaknya percubaan pertama tidak menjadi. Tidak mengapa, kami akan mencuba lagi lain kali.

Dalam hidup ini, kita tidak boleh cepat mengalah. Cuba hingga jaya. Pemenang ialah seorang yang tidak mudah mengalah.

Saya menulis sejak berumur 11 atau 12 tahun. Banyak cerpen yang saya tulis tetapi sedikit sahaja yang berjaya disiapkan hingga ke noktah akhir. Lebih banyak yang tidak selesai atau terbengkalai. Begitu juga buku.

Saya rasa tidak terlalu lewat sekarang untuk saya menulis lebih produktif.

Sepertimana kek aiskrim vanila oreo yang tidak menjadi, saya akan terus gigih berusaha memperbaiki penulisan saya. Mengalah dan putus asa bukan satu pilihan.

P.S: Doakan kek aiskrim vanila oreo seterusnya berjaya.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *