Skip to content

Perbualan yang mahal

Hari ini pulang ke Semenanjung. Penerbangan AK5131 pada pukul 3.45 petang. Pukul 2.54 petang saya sudah masuk ke bahagian menunggu untuk berlepas.

Saya menelefon sahabat saya. Tenggelam dalam perbualan membuatkan saya tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling.

Setelah saya menamatkan perbualan, terdengar pengumuman yang dibuat.

“Panggilan terakhir untuk Noor Hayati Yasmin. Sila ke gate empat.”

Nama saya disebut bersama dua lagi nama penumpang.

Serta-merta saya ke pintu nombor empat. Macam mana saya boleh tidak sedar sudah tiba masa untuk masuk ke dalam kapal.

Bagaimana jika saya terlepas penerbangan?

Perbualan ini akan menjadi perbualan yang mahal kosnya. Bukan kerana kos panggilan yang dibuat. Tetapi kerana saya harus membeli tiket penerbangan yang lain sekiranya saya terlepas penerbangan ini.

Hal ini membuatkan saya berfikir.

Bagaimana mahu menjadikan buku kita mahal nilainya?

Adakah dengan meletakkan harga yang mahal?

Adakah buku itu mahal kerana isi kandungan buku tersebut? Buku itu membicarakan hal apa.

Adakah buku itu mahal nilainya kerana nama dan jenama yang dibawa penulis berharga dan dipandang tinggi?

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *