Skip to content

Penulisan di facebook

 

Sekarang sudah masuk bulan Disember atau bulan terakhir dalam satu tahun.

‪#‎stetoskopdanpen‬ bermula dengan perasaan sedih dan tidak puas hati kerana tidak dapat mengikuti satu kursus menulis berkaitan status facebook yang diadakan pada awal tahun.

Lain yang dirancang, lain yang jadi.

Pada mulanya status #stetoskopdanpen adalah untuk menceritakan bagaimana saya menjadi seorang doktor dan penulis. Tetapi akhirnya ianya menjadi tempat untuk saya bercerita berkenaan kes dan pengalaman di hospital. Juga medan untuk berkongsi tips penulisan.

Malah menjadi tempat saya mencatat penglibatan saya dalam kursus kerja mahupun kursus yang tidak berkaitan dengan kerjaya seorang doktor. Saya tidak ada masalah untuk mengisi CPD dan LNPT hanya dengan merujuk status facebook saya.

#stetoskopdanpen mendidik saya agar konsisten menulis. Sedikit sedikit lama-lama jadi buku.

Saya berbesar hati apabila apa saja yang dikongsi mendapat perhatian ramai. Semoga bermanfaat dan tidak membuang masa anda yang membaca.

Tahun depan saya mahu mulakan status baru iaitu ‪#‎inspirasidoktor‬ dan‪#‎inspirasipenulis‬.

Apakah isinya? Nantikan saja.

Berkenaan #stetoskopdanpen, saya tidak tahu sama ada mahu berhenti pada 31 Disember 2015 atau teruskan saja.

Apa pendapat anda?

P.S : Oh ya, gambar berikut adalah dua buku saya berkenaan topik penulisan. Bagi yang berminat boleh dapatkan buku saya di MPH atau beli terus daripada saya pun boleh.

P.S 2: Terima kasih kepada pembeli dan pembaca buku-buku tersebut. Semoga ilmu yang dikongsi dalam kedua-dua buku membantu dalam penulisan anda.

#stetoskopdanpen

Published inBukustetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *