Skip to content

Mudahnya Menulis Buku

Panduan bagaimana saya berjaya menulis buku pertama dalam masa 90 hari sahaja dan menyiapkan empat buah buku dalam masa 15 bulan.

Bagaimana saya melakukannya?

profil

Dari meja: Dr Noor Hayati Yasmin Binti Nga Timin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Terima kasih kerana sudi melawat laman web ini. Nama saya Dr Noor Hayati Yasmin Binti Nga Timin.
Saya merupakan seorang doktor di sektor kerajaan. Sekarang saya bekerja sebagai seorang doktor pakar di salah sebuah hospital di Sabah.

Dalam masa yang sama, saya meminati dunia penulisan dan menyimpan impian untuk bergelar penulis buku.
Saya mahu memegang buku fizikal hasil tulisan saya sendiri. Saya tahu saya bukan lulusan dalam bidang sastera tetapi itu bukan penghalang untuk saya menjadi penulis buku.

Teringin menulis dan memiliki buku

Saya tahu ada di antara anda yang tertanya-tanya siapa saya. Mengapa saya menulis buku Mudahnya Menulis Buku? Apakah kelayakan yang saya ada untuk menulis buku ini?

Minat menulis timbul sejak berada di berada di bangku sekolah rendah lagi. Saya menulis cerpen dan sajak. Ada antara cerpen dan sajak yang dihantar ke majalah dan akhbar tersiar. Saya pernah memenangi hadiah saguhati pertandingan menulis cerpen. Tetapi tidak pernah mempunyai buku penuh tulisan sendiri lagi.

Beratus-ratus buku mengenai penulisan yang telah saya beli dan baca. Berpuluh-puluh seminar dan kursus menulis yang saya sertai. Tetapi masih belum ada buku yang berjaya dihasilkan. Saya bertangguh-tangguh dan memberi alasan demi alasan.

Bertahun-tahun saya memendam keinginan untuk menulis dan menghasilkan sebuah buku. Akhirnya saya letih menanti. Saya terus melakukannya kerana tidak mahu menunggu masa yang sesuai lagi. Tidak akan pernah ada masa yang sesuai. Sekarang adalah masanya. Saya terus mula menulis buku yang saya mahukan dan saya ingin melihat ke mana hasilnya akan membawa saya.

Sungguh mengejutkan.

Dek keinginan yang meluap-luap saya berjaya menyiapkan buku pertama dalam masa tiga bulan sahaja. Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah saya mengambil cuti untuk menyiapkan buku pertama saya ini dalam masa tiga bulan. Tidak! Saya tidak mengambill cuti tanpa gaji atau cuti rehat untuk menulis buku.

Ketika saya menulis buku pertama, dalam masa yang sama saya bekerja seperti biasa di hospital, sedang bertungkus-lumus belajar kerana saya merupakan pelajar program sarjana atau master (program pembelajaran lanjutan untuk menjadi doktor pakar) dan sedang bergelut menyiapkan tesis yang sudah menghampiri tarikh akhir atau dateline.

Benarlah kata-kata bijaksana: Berikan tugasan pada orang yang sibuk, nescaya kerja itu akan selesai. Saya berjaya menyiapkan Mudahnya Menulis Buku walaupun dihimpit kesibukan belajar dan bekerja.

image (8) image (9)

Apakah yang telah terjadi selepas buku ini berjaya disiapkan

1. Ulasan buku tersiar di akhbar

Saya tidak pernah terfikir ada orang akan membuat ulasan terhadap buku saya. Apatah lagi saya tidak pernah mengenali penulis yang membuat ulasan buku saya itu. Saya berterima kasih padanya kerana sudi membuat ulasan buku saya yang tersiar di Pancawarna, Mingguan Malaysia pada 2 Februari 2014.

image (6)

2. Melihat buku berada di rak buku

Ketika itu saya baru pertama kali pulang ke kampung halaman setelah sebulan lebih berada di Sabah. Keluar dari perut kapal terbang dan masuk ke kedai buku, saya ternampak buku saya tersusun megah di rak kedai MPH Lapangan Terbang Senai. Saya rasa seperti mahu pengsan kerana terlalu gembira. Salah satu impian hidup saya iaitu melihat buku tulisan sendiri berada di rak-rak kedai buku telah tercapai.

rak buku

3. Mengadakan sesi ‘Author Talk’

Selama ini saya hanya mampu memandang dengan penuh rasa cemburu melihat penulis-penulis buku mengadakan sesi ‘Author Talk’ di kedai-kedai buku. Saya tidak pernah membayangkan bahawa diri saya akan mendapat peluang yang serupa dengan terhasilnya buku pertama saya ini. Saya telah diberi kesempatan untuk mengadakan sesi ‘Author Talk’ di MPH Subang Parade pada 22 Februari 2014.

image (3)

image (4)

4. Menandatangani buku yang dibeli pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Bertahun-tahun saya mengunjungi Pesta Buku, saya melihat dengan perasaan kagum pada pengarang yang duduk di gerai buku mempromosikan buku masing-masing dan menurunkan tandatangan pada buku yang dibeli oleh orang ramai.

Siapa dapat menjangka saya akan melalui pengalaman yang sama. Pengalaman yang saya tidak pernah duga akan saya tempuhi juga. Pihak penerbit memberi slot kepada saya untuk sesi berjumpa dengan pembaca buku dan khalayak ramai, sudah tentu saya tidak melepaskan peluang keemasan ini.

image (2)

5. Bergambar dengan pembeli buku

Mengambil gambar dengan mereka yang membeli buku saya adalah satu pengalaman baru yang mengujakan. Saya percaya ini baru permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.

image

6. Majlis pelancaran buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Ketika pihak penerbit menghantar emel kad jemputan untuk menghadiri majlis pelancaran buku di PBAKL 2014, saya rasa seperti bermimpi. Saya tidak pernah menjangka ini akan berlaku sama sekali. Sudah hampir tujuh tahun saya tidak menjejakkan kaki ke atas pentas. Kali terakhir menjejakkan kaki ke pentas adalah semasa mengambil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2007.

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada-Nya kerana berpeluang melihat buku saya dilancarkan di sebuah majlis yang gah iaitu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014.

image (2)

image (1)

Tidak sampai enam bulan selepas buku saya dikeluarkan, saya berpeluang merasai semua pengalaman di atas. Hanya dengan sebuah buku telah membawa saya ke satu dunia baru yang saya tidak pernah terfikir akan menjejakkan kaki ke dalamnya. Minat saya terhadap bidang penulisan semakin melonjak.

Buku Mudahnya Menulis Buku adalah buku pertama saya yang dihasilkan dan berjaya diterbitkan. Mudahnya Menulis Buku tidak akan menjadi buku terakhir saya. Selepas Mudahnya Menulis Buku saya terus menulis dan berjaya menyiapkan lagi tiga buah buku yang sedang menunggu giliran untuk diterbitkan. Buku kedua saya akan keluar ke pasaran pada bulan September 2014. Manakala buku ketiga dan keempat akan menyusul selepas itu. Sekarang saya sedang giat menyiapkan buku kelima.

Jika anda teruja untuk merasai semua ini dan apa yang lebih penting, anda teruja untuk menulis buku, dapatkan Mudahnya Menulis Buku untuk mula mengorak langkah dalam bidang penulisan. Siapa tahu anda akan menempuhi pengalaman yang lebih hebat daripada saya. Tidak ada siapa yang tahu apa yang akan berlaku dengan terhasilnya buku anda.

Mudahnya Menulis Buku

Ramai orang ingin menjadi penulis tetapi berapa ramai yang berjaya menulis buku?

Anda mahu menulis buku tetapi tidak tahu bagaimana mengekalkan momentum untuk terus menulis secara konsisten?

Anda mahu menjadi penulis tetapi tidak tahu bagaimana caranya?

Bagaimana mahu menulis buku sedangkan anda langsung tidak pernah menulis buku sebelum ini?

Buku ini menjawab segala persoalan anda sebagai penulis yang baru ingin menempa nama dalam bidang penulisan. Ia menyediakan panduan kritikal bagi mereka yang mengimpikan untuk mencurahkan pemikiran mereka dalam bentuk penulisan dan baru pertama kali menghasilkan buku.

Antara rahsia yang dikongsi dalam Mudahnya Menulis Buku

  • Rahsia buat duit dengan menulis buku

  • Tip-tip mendapatkan idea penulisan dan konsisten menulis sehingga buku siap

  • Langkah mudah dan praktikal untuk menghasilkan buku yang berkualiti dan diterima pasaran

  • Bagaimana mencari masa untuk menulis sedangkan anda seorang yang sibuk dengan kerjaya dan keluarga

  • Formula transformasi diri daripada pembaca kepada seorang penulis

  • Tiga kriteria penting yang harus ada dalam buku untuk membezakan buku anda daripada buku pesaing

  • Teknik menulis yang ringkas tetapi berkesan

  • Kaedah mengatasi masalah buntu ketika menulis

  • Melihat impian anda menjadi penulis buku menjadi kejayaan

Isi kandungan buku

Bab 1 : Mengapa menulis buku
Bab 2 : Faedah menjadi penulis
Bab 3 : Bagaimana mahu menjadi penulis
Bab 4 : Buku apa mahu ditulis
Bab 5 : Bila sepatutnya anda mula menulis
Bab 6 : Memastikan buku siap
Bab 7 : Dorongan menulis
Bab 8 : Setelah buku siap
Bab 9 : Buku bukan sekadar buku

Inilah buku yang mesti anda miliki jika anda benar-benar serius untuk berdiri sebaris dengan penulis bestseller yang anda kagumi!

Siapakah yang patut membaca buku ini

  • Mereka yang ingin menulis buku 

  • Mereka yang ingin bergelar penulis buku

  • Mereka yang mempunyai mesej yang ingin disampaikan

  • Mereka yang mahu berkongsi ilmu yang dimiliki

  • Mereka yang mahu mengumpul saham akhirat

  • Mereka yang ingin menjana pendapatan pasif

  • Mereka yang ingin mengembangkan karier dengan penghasilan buku 

  • Mereka yang ingin membina kredibiliti dalam bidang masing-masing dengan penghasilan buku

Harga

Berapa harga buku ini?

image (8)

Harga di pasaran RM39.90.

Harga untuk anda RM39.

Kos pos RM6.

Jumlah yang anda perlu bayar RM45 sahaja!

Buku dipos ke alamat yang anda berikan di Borang Pesanan.

Anda juga boleh mendapatkan buku ini di kedai buku seperti MPH dan melalui laman web www.bookplanet.com.my.

Yang benar,

Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin
Doktor, Penulis & Speaker

8 Comments

  1. saya pernah nampak buku ini tapi tak sangka penulisnya ada di mata. Tahniah Dr. Insya Allah saya akan membaca buku ini.

    • admin admin

      Terima kasih Shufrie. Teruskan membaca.

  2. Alhamdulillah, saya sudah miliki buku ini, terbaik, buku rujukan dan motivasi buat bakal penulis dan juga yang sudah menjadi penulis. Tahniah!.

    • admin admin

      Terima kasih Zaman Shah di atas sokongan anda.

    • admin admin

      Terima kasih Kamaruzaman.

  3. nor adila hasbullah nor adila hasbullah

    Saya akan terus menanti buku seterusnya. teruskan menulis. sy doakan kejayaan doktor.

    • admin admin

      Terima kasih di atas doa Nor Adila. Insya Allah saya akan terus menulis selagi diberi kekuatan oleh-Nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *